Ahad, 5 Mei 2019

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Rangkuman program-program STARULe yang telah berlangsung sepanjang bulan April 2019

1. (18 April 2019)

  Majlis Perpisahan Guru dan Kakitangan STARULe.

- Noor Nisha binti Mohamed Sahrif

-  Wan Norsilawati binti Mat Said



2. (19 April 2019)

Lawatan Benchmark  tenaga pengajar dari Maahad Tahfiz Kemukjizatan Al-Quran Gerik bagi mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (PQS )dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) ke STARULe. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk penambahbaikan dalam mata pelajaran PQS dan PSI terutamanya bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia kedua-dua sekolah.

Tn. Pengetua (tengah) bersama tenaga pengajar dan tetamu



3. (20 April 2019)

    Majlis Ihtifal Ilmi Negeri Perak telah berlangsung di Sekolah Raja Dr.Nazrin Shah (SARJANA)          Kampung Gajah, Perak. STARULe telah mengambil bahagian dalam pertandingan Khat, Nasyid,        Debat Ala Parlimen, Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan          Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Inggeris dan Kuis Dini. Tahniah kepada pasukan Kuiz Dini yang        telah menjadi johan pada pertandingan kali ini. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut pasukan      Kuiz Dini menjadi johan secara tidak langsung pasukan Kuiz Dini STARULe akan mewakili ke          peringkat Kebangsaan pada Julai depan. Tahniah juga kepada wakil-wakil STARULe dalam acara      lain kerena telah berjaya menamatkan pertandingan dengan keputusan yang baik berbanding                daripada tahun sebelumnya. Diharapkan kejayaan yang lebih cemerlang dapat dicapai pada masa        akan datang.
    
 
Debat Ala Parlimen

Hafazan Al-Quran

Syarahan Bahasa Inggeris

Syarahan Bahasa Melayu dan Syarahan Bahasa Arab
Nasyid Huffaz Voice





4. (21 April 2019) Seminar Awal SPM Biologi :

    - Melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima.
    - Mengajar teknik berkesan dalam menjawab soalan, kaedah mudah menghafal formula dan                  latihan menjawab soalan-soalan lepas.
    - Tenaga pengajar daripada SMK Haji Abdul Wahab Puan Zaileha binti Hasine (DG48).

Penyampian Cenderahati daripada STARULe

Pelajar tingkatan 4 & 5



5. (21 April 2019) Seminar Awal SPM Bahasa Inggeris :
     
    - Melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima.
    - Mengajar teknik berkesan dalam menjawab soalan, kaedah mudah menghafal formula dan                  latihan menjawab soalan-soalan lepas.
    - Tenaga pengajar daripada SMK Muhibbah iaitu  Encik Jegatheesan Selvaratnam (DG48).





Penyampian Cenderahati daripada STARULe



6. (22 April 2019) Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Hulu Perak.
    
Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Hulu Perak telah berlangsung dengan jayanya. STARULe telah menghantar dua orang peserta iaitu Muhammad Afif dan Mohamad Asyif. Mohamad Asyif telah mendapat tempat ketiga manakala Muhammad Afif terkandas dalam peringkat kumpulan. Pertandingan Sahibba diadakan bagi mengasah bakat dan menambah kosa kata dalam Bahasa Melayu. Pertandingan tersebut dipertandingkan hanya untuk kategori menengah rendah sahaja iaitu bawah 15 tahun. Diharapkan peserta Sahibba STARULe dapat melakukan yang lebih baik di masa akan datang. 

Asyif Tempat Ketiga 

Afif sedang membina perkataan 


7. (23 April 2019) Seminar Awal SPM Fizik :

    - Melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima.
    - Mengajar teknik berkesan dalam menjawab soalan, kaedah mudah menghafal formula dan                  latihan menjawab soalan-soalan lepas.
    - Tenaga pengajar daripada Sekolah Izzuddin Shah iaitu  Encik Idris bin Abdul Talib (DG48).




8. (26 April 2019) Lawatan Penanda Aras  Bahasa Inggeris ke MRSM Lenggong :

  - Melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima.
  - Mempelajari aspek-aspek penting dalam serta teknik berkesan dalam pemantapan bahasa Inggeris.
  - Tenaga pengajar yang diketuai oleh Timbalan Pengetua Bahagian Akademik MRSM Lenggong           iaitu Encik Ridzuan bin Mohd Rawee.



Pelajar STARULe menerima cenderamata daripada MRSM Lenggong 

Bergambar bersama pelajar dan guru MRSM Lenggong






"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"