Selasa, 30 Oktober 2018

MAJLIS DAN PROGRAM YANG TELAH BERLANSUNG SEPANJANG BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER 2018

MINGGU SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018

Pada 17 hingga 20 September 2018, telah berlangsungnya minggu sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah. Objektif utama adalah untuk memperingati Hari Kebangsaan yang merupakan satu titik permulaan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia keseluruhannya. Dengan adanya program sedemikian diharapkan warga STARULe khususnya serta rakyat Malaysia amnya dapat memperingati segala jasa-jasa orang terdahulu dalam mempertahankan kemerdekaan dan memperjuangkan tanah air tercinta bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang merdeka daripada penjajah.
         Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut antaranya, teka silang kata, persembahan koir, kuiz merdeka, mereka cipta logo kemerdekaan, mencipta poster kemerdekaan, menghias kelas bertemakan kemerdekaan, mendeklamasi sajak serta pantun, tayangan video berkaitan kemerdekaan dan imbauan sejarah. Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan berlangsung pada Khamis dihiasi pelbagai acara dan dilengkapi dengan ucapan Tuan Pengetua serta penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah menyertai pertandingan sempena sambutan Hari Kebangsaan. Diharapkan segala program yang telah dilakukan dapat memberi pedoman kepada semua warga STARULe supaya sentiasa menghargai negara tercinta dan lakukan apadaya yang boleh menunjukkan taat sumpah setia kepada negara Malaysia."SAYANGI MALAYSIAKU"








PROGRAM LATIH TUBI SPM SMTDR 2018

Pada 18 hingga 25 September 2018 telah diadakan Program Latih Tubi SPM dalam kalangan SMTDR. Program tersebut merupakan cetusan idea daripada Tuan Pengetua STARULe iaitu Al-Fadhil Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai. Tujuan dilaksanakan program latih tubi tersebut adalah kerana untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan lima dalam persiapan fasa terakhir sebelum menduduki peperiksaan sebenar SPM yang berlangsung pada bulan November. 
          Antara lain yang dapat diperoleh daripada program latih tubi SPM ini ialah memberi suasana pembelajaran yang berbeza dengan tenaga pengajar yang berbeza dengan harapan dapat menyuntik semangat para pelajar STARULe khususnya dalam membuat persiapan sebelum melangkah ke peperiksaan sebenar. Dengan adanya program seperti ini diharapkan dapat memberi manfaat serta penambahbaikan diri pelajar dari segi teknik menjawab soalan dan teknik belajar yang telah disampaikan oleh tenaga-tenaga pengajar yang terlibat sebelum menduduki peperiksaan SPM yang bakal tiba.
Pelajar SEMARAK & STARULE bersama tenaga pengajar
Pelajar STARULe membuat pembentangan  slot fizik di SEMARAK

Pelajar STARULe di SMTDR Kerian


Tuan Pengetua bersama guru pengiring serta pelajar STARULe & SEMARAK

Slot Bahasa Inggeris di SMATT





ULANGKAJI HANDS ON DI SBPI GOPENG DAN SABAK BERNAM


Pada 1 hingga 5 Oktober 2018, lapan orang pelajar tingkatan lima STARULe telah berkampung di SBPI Gopeng dan SBPI Sabak Bernam. Mereka di bahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama seramai 6 orang pelajar ke SBPI Gopeng, manakala kumpulan kedua terdiri daripada dua orang pelajar ke SBPI Sabak Bernam. Tujuan pelajar dihantar ke sana adalah untuk menambah ilmu dari segi teknik menjawab soalan, mengambil kaedah cara pembelajaran daripada sekolah berstatus elit dan antara lain merasai suasana pembelajaran yang berbeza. Pelajar STARULe berkampung selama lima hari di sekolah tersebut dengan mengikuti susun atur pembelajaran yang telah diatur oleh pihak terlibat. Diharapkan segala ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar di kedua-dua SBPI dapat dipraktikkan oleh para pelajar tingkatan lima STARULe sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan SPM.


Penolong Kanan Pentadbiran dan pelajar STARULe bersama tenaga pengajar SBPI Sabak Bernam

Para pelajar bersama Tuan Pengetua serta barisan tenaga pengajar di SBPI Gopeng



PROGRAM PASCA PT3

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), telah menamatkan peperiksaannya pada empat Oktober 2018. Namun, pelajar tingkatan tiga STARULe telah disediakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada mereka. Pihak sekolah telah menyusun beberapa program yang sesuai dengan para pelajar. Ada beberapa program yang telah dijalankan dan ada yang akan dijalankan. Antara program yang telah disusun oleh pihak sekolah ialah Projek Reka Cipta, Program SBPI, Projek Perabot, Futsal Mahabbah, Lawatan ke Pulau Pinang, Santai Minda dan Lawatan ke Tapak Sekolah Baru di Bukit Sapi, Ceramah Salahlaku Ponteng dan Buli, Simulasi Pengurusan Jenazah, Pengurusan Bahan Kitar Semula, Ceramah Kerohanian Membina Generasi Al-Quran, Klinik Fatihah dan Rehlah Berenang. Diharapkan program-program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat mengisi ruang waktu pelajar tingkatan tiga supaya beroleh manfaat dan dapat menambah ilmu untuk diamalkan.

Simulasi Pengurusan Jenazah
Ceramah Salahlaku Ponteng dan Buli


Ceramah disampaikan oleh Ketua Trafik Daerah Gerik


Futsal Mahabbah
Lawatan ke Pulau Pinang

Ustaz Redza bersama pelajar bergambar di Penang Hill
Klinik Fatihah
Pelajar Mendengar Taklimat daripada En.Jali

Lawatan ke Tapak Sekolah Baru di Bukit Sapi

Santai Minda di Felda Lawin

Para Pelajar Bergambar Bersama Tuan Pengetua dan
Tenaga Pengajar Kolej Komuniti Gerik Bagi Program Pembuatan Perabot
Ketibaan Pelajar STARULe di SBPI Gopeng
Taklimat Program daripada Pelajar SBPI Gopeng
Pendafataran
Sesi Bergambar Bersama Puan Azira Wakil dan Pelajar STARULe 




KEM KECEMERLANGAN BAHASA TINGKATAN LIMA 

Pada 26 hingga 28 Oktober 2018, pelajar tingkatan lima STARULe telah menghadiri Kem Kecemerlangan Bahasa di Institut Pekebun Kecil Perak (IKPK) Padang Rengas, Perak. Kem tersebut diadakan bertujuan sebagai pecutan terakhir bagi mata pelajaran tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Kem itu turut disertai pelajar SMAN. Tenaga pengajar yang menyampaikan ceramah merupakan antara guru yang cemerlang dan pakar dalam teknik menjawab soalan SPM. Kem tersebut diadakan selama tiga hari dengan pengisian yang padat. Diharapkan kem terakhir itu dapat dijadikan sebagai pemudahcaraan kepada pelajar sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

Tenaga Pengajar STARULe bergambar bersama pelajar tingkatan lima di IKPK, Padang Rengas.

Briefing Kem Kecemerlangan 

Slot Bahasa Inggeris Bersama Mr.Ramesh dari SMKA Kerian.







UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL KADET REMAJA SEKOLAH(KRS)

Pada hari Sabtu bersamaan 27 Oktober 2018 bertempat di STARULe telah berlansungnya ujian kenaikan pangkat koperal bagi persatuan unit berunifom Kadet Remaja Sekolah(KRS). Ujian tersebut diadakan selama satu hari sahaja bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk mempelajari cara-cara berkawad yang betul, bagaimana hendak menjadi komander yang berwibawa, bagaimana hendak menguruskan diri ketika berada di hutan tanpa sebarang bantuan dan mempelajari bagaimana bekerja dalam satu pasukan.
        Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Anuar bin Ahmad iaitu guru dari Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan sebagai jurulatih utama dalam ujian kenaikan pangkat kadet remaja sekolah. Beliau dibantu oleh empat orang tenaga pelajar dari sekolahnya untuk membantu menjayakan program tersebut. Banyak perkara yang dipelajari oleh pelajar STARULe khususnya kadet remaja sekolah STARULe sewaktu program tersebut diadakan. Diharapkan program tersebut dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk membentuk jati diri kadet remaja sekolah STARULe yang kuat fizikal, mental dan rohani. Program berakhir lewat petang dengan majlis penutupan penyampaian cenderahati sebagai penghargaan kepada guru kadet remaja sekolah Kolej Vokasional Pertanian iaitu Tuan Anuar bin Ahmad bersama pelajarnya atas kesudian hadir menjayakan program ujian kenaikan pangkat pada tahun 2018.


Penyedian Makanan dalam Hutan


Belajar Kawad Kaki

Nyalaan Unggun Api

Pelajar STARULe Menikmati Hasil Penyediaan Makanan Sendiri


Add caption




Slot Bersama Tuan Anuar

Penyampaian Cenderahati

Sesi Bergambar Antara Guru dan Pelajar KRS STARULe Bersama Tuan Anuar dan Tenaga Pelajarnya






PROGRAM KELAS RENANG 

Pada hari Selasa hingga Rabu 30-31 Oktober 2018 bertempat di Kolam Renang Kuala Kangsar, Perak seramai 17 orang pelajar tingkatan satu STARULe telah mengikuti kelas renang. Kelas renang tersebut telah dikendalikan oleh seorang perenang terlatih iaitu Encik Yazid. Tujuan kelas renang diwujudkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas berenang. Selain belajar asas berenang, pelajar juga turut diajar cara menyelamat mangsa ketika waktu bencana ataupun situasi kecemasan di dalam air. Bukan itu sahaja, banyak perkara asas yang dipelajari sama ada sebelum renang dari segi pemakaiannya, teknik berenang yang betul, ketika berenang, dan selepas berenang serta perkara-perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh seorang perenang sama ada yang professional mahupun orang biasa. Kelas renang ini wajar disertai oleh semua lapisan usia kerana manfaat yang diperoleh daripada kelas renang kepada individu sangat banyak salah satunya melalui renang dapat memberikan kesihatan yang terbaik.



Teknik Gulung Tali

Teknik Menyelamat Mangsa

Encik Yazid Memberi Tunjuk Ajar dalam Mengenai Menyelamatkan Mangsa

Aktiviti Menyelamat Mangsa





Pelajar STARULe Memanaskan Badan Sebelum Memulakan Sesi Pembelajaran


Encik Yazid Memberi Taklimat kepada Pelajar STARULe






Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"