Rabu, 26 September 2018

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat 2018

Pada 22 September 2018 bertempat di Masjid Jamek Lenggong, Perak, telah diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat oleh para pelajar Starule, guru-guru dan ibu bapa. Tujuan majlis tersebut dilakukan adalah untuk memberi semangat rohani kepada para pelajar Starule sebelum menduduki peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman. 

Majlis tersebut telah dimulakan dengan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Abdul Hafiz. Manakala bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Solehuddin Al-Ayubi. Seterusnya berlangsung juga tazkirah motivasi yang telah disampaikan oleh Cikgu Zawawi iaitu bapa salah seorang pelajar Starule. Tazkirah yang disampaikan sebagai pembakar semangat kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan awam mahupun peperiksaan dalaman. 

Sesudah sempurna tazkirah yang disampaikan oleh Cikgu Zawawi, para pelajar yang menduduki peperiksaan awam PT3 dan SPM mengiringi ibu bapa masing-masing ke kaunter slip bagi mendapatkan slip kepetusan peperiksaan percubaan PT3 dan SPM 2018. Sebelum berakhirnya majlis tersebut, pihak sekolah telah menyediakan jamuan untuk ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut. Majlis tersebut berakhir sekitar pukul 11:00 pagi.



























Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"