Selasa, 18 September 2018

Dialog Prestasi PT3 dan SPM 2018

Pada 12 dan 13 September 2018 bertempat di Inap Desa Kuala Dal, Padang Rengas, Perak, pelajar Starule yang terdiri daripada calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mengikuti program Dialog Prestasi yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi tujuan menambahbaik prestasi semasa. Proragam tersebut diadakan selama dua hari satu malam. Berkonsepkan suasana alam flora, ketenangan dan keselesaan fasiliti pihak sekolah telah memilih tempat tersebut sebagai tempat untuk pelajar-pelajar dan guru-guru bersama-sama membaiki prestasi semasa calon-calon peperiksaan awam.

Antara intipati yang telah dijalankan semasa dua hari satu malam di Inap Desa tersebut adalah berkaitan dengan perbincangan antara guru dan setiap calon tentang kelemahan yang perlu dibaiki dan kelebihan yang perlu dikekalkan supaya dapat mencapai sasaran keputusan cemerlang dalam peperiksaan kelak. Selain itu, turut dijalankan lafaz bacaan ikrar calon-calon peperiksaan awam di hadapan guru-guru untuk membuktikan calon-calon peperiksaan awam PT3 dan SPM mampu serta akan berusaha memperoleh keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibubapa dan mengharumkan nama Starule sebagai salah sebuah terunggul. Turut diadakan Qiamullail dan tazkirah yang diimamkan oleh Tuan Pengetua sendiri. Program tersebut berakhir pada petang Rabu dan pelajar serta guru pulang ke sekolah sekitar pukul dua petang.
















Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"