Rabu, 13 Jun 2018

Kem Kecemerlangan Ramadan 2018


Pada 1 hingga 4 Jun lalu, bertempat di Lereng Adventure Camp And Resort, Ulu Chepor, Chemor telah diadakan Kem Kecemerlangan Ramadan.
          Kem Kecemerlangan Ramadan ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran dan mutu mata pelajaran murid-murid Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong. Dalam kem yang berlangsung selama empat hari itu, guru-guru telah memberikan penekanan kepada murid mengenai teknik dan kemahiran menjawab soalan terutamanya murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan awam 2018 penilaian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, murid-murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam, guru-guru mata pelajaran telah menyusun pengisian yang berkaitan dengan subjek masing-masing. Bukan itu sahaja, guru-guru al-Quran juga membuat penilaian al-Quran mengikut jadual yang telah ditetapkan. 
          Secara keseluruhannya, seramai 69 orang murid dan 32 kakitangan guru dan staff Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong melibatkan diri bagi menjayakan Kem Kecemerlangan Ramadan bagi tahun 2018.  








 











Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"