Selasa, 22 Mei 2018

Kem Kepemimpinan STARULe 2018

Pada 13 hingga 15 April 2018 bertempat di Desa Rimba Lenggong, seramai 35 orang murid yang terdiri daripada pengerusi dan timbalan pengerusi setiap kelab dan persatuan STARULe telah mengikuti kem kepemimpinan. Kem tersebut telah diadakan dengan jayanya yang dikelola oleh sebahagian guru-guru STARULe dan pihak Kem Desa Rimba. Kem tersebut diadakan bertujuan untuk melahir dan mengilap bakat kepemimpinan yang ada pada diri murid. Banyak aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak Kem Desa Rimba untuk murid-murid STARULe. 

Selain itu, penglibatan guru-guru dan staff STARULe dalam kem kepemimpinan tersebut telah mendapat satu kepujian daripada pihak kem kerana tanpa guru-guru itu sendiri program dalam kem tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan. Kepakaran pihak Kem Desa Rimba juga telah merubah dan telah berjaya membentuk sahsiah dan keterampilan murid-murid STARULe. Ini kerana aktiviti yang telah dirancang oleh pihak kem berjaya membuka minda dan menggilap kepemimpinan pada murid STARULe. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan pihak kem kerana telah menjayakan Kem Kepemimpinan pada kali ini. Diharapkan kem seperti ini dapat diadakan dimasa hadapan untuk melahir dan melatih murid-murid STARULe menjadi seorang ketua yang berwibawa.


Slot kerohanian





Aktiviti sukan

Minum malam

Pembentangan berkumpulan











Sesi bergambar murid dan guru

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"