Selasa, 22 Mei 2018

Kem Kepemimpinan Pengawas 2018

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, bersamaan 31 Mac 2018. Para pengawas STARULe telah mengikuti Kem Kepemimpinan Pengawas 2018. Kem tersebut bertujuan untuk melatih para pengawas untuk menjadi pemimpin yang berkaliber sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat selepas persekolahan. Kem tersebut bukan hanya disertai oleh para pengawas STARULe, tetapi turut disertai oleh para pengawas SMK Bukit Merchu sebagai kolaborasi dalam memantapkan para pengawas kedua-dua sekolah.

Kem tersebut diadakan untuk melatih pengawas bagaimana untuk menjadi khalifah yang terbimbing dengan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah seperti mana yang di tunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Adalah sangat penting untuk diri pengawas itu menjadikan contoh Nabi sebagai role model dalam kepemimpinan di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Banyak aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu untuk para pengawas.  Berikut antara aktivti-aktiviti yang ada pada kem tersebut:-





Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada wakil  SMK Bukit Merchu sebagai tanda penghargaan


Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"