Khamis, 12 April 2018

Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak 2018


Pada 29 Februari 2018 yang lalu bertempat di Dewan Resort Tasek Raban Lenggong, telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak. Pertandingan ini merupakan kali keempat yang dikelolakan oleh STARULe.

Sebanyak tujuh buah sekolah mengambil bahagian pada kali ini iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe A dan B), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ahmad, SMK Tun Saban, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu dan Sekolah Kebangsaan Bongor. Bermula jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi, pasukan-pasukan dari sekolah-sekolah yang terlibat mula mendaftarkan diri.

Pada jam 11.00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi pertandingan iaitu Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. Seterusnya, taklimat pertandingan oleh ketua pertandingan. Pertandingan dimulai dengan Seni Tari Silat Putera dan Puteri. Setelah itu, Seni Tempur Silat Putera dan Puteri, diikuti Seni Jurus Silat Putera dan Puteri. Selepas itu, dituruti dengan Silat Seni Asli yang diiringi bersama-sama Muzik Silat. Terakhirnya adalah Jurus Wajib dilangsungkan bersama-sama Muzik Silat.












Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

  • Seni Tari Silat Putera
1.     SMTDR Lenggong (B)
2.     SMTDR Lenggong (B)
3.     MRSM Lenggong
  • Seni Tari Silat Puteri
1.     MRSM Gerik
2.     SMK Tun Saban
3.     MRSM Pengkalan Hulu
  • Seni Tempur Silat Putera
1.     SMK Tun Saban
2.     MRSM Gerik
3.     STARULe A
  • Seni Tempur Silat Puteri
1.     MRSM Gerik
2.     MRSM Pengkalan Hulu
3.     MRSM Lenggong

  • Seni Jurus Silat Putera
1.     SMTDR Lenggong (A)
2.     MRSM Lenggong
3.     SMTDR Lenggong (B)
  • Seni Jurus Silat Puteri
1.     MRSM Lenggong
2.     MRSM Gerik
3.     SMK Dato' Ahmad
  • Silat Seni Asli
1.     SMTDR Lenggong (A)
2.     SMK Tun Saban
3.     SMTDR Lenggong (B)
  • Jurus Wajib
1.     SMTDR Lenggong (A)
2.     MRSM Lenggong
3.     SMTDR Lenggong (B)
  • Muzik Silat
1.     SMTDR Lenggong (A)

2.     SMTDR Lenggong (B)

* SK Bongor merupakan satu-satunya sekolah rendah yang menyertai pertandingan seni silat sekolah-sekolah daerah Hulu Perak. Sekolah tersebut telah menjuarai acara Seni Tari Silat lelaki dan perempuan dan acara Seni Tempur lelaki dan perempuan. 


SMTDR Lenggong telah memenangi sebanyak 5 acara yang telah dipertandingkan. Tahniah dan syabas kepada semua peserta, tenaga pengajar, guru-guru serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada pertandingan kali ini. Semoga SMTDR Lenggong akan terus cemerlang di peringkat seterusnya. Sekian.

Kata-kata pesilat :
                             " PESILAT yang hebat itu adalah PESILAT yang sederhana dalam                                        setiap ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya".

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"