Selasa, 6 Februari 2018

Aktiviti dan program sepanjang bulan Januari tahun 2018




1. Pendaftaran pelajar tingkatan satu sesi 2018:

Pada 17 Januari 2018 bersamaan hari Rabu, STARULe menerima kemasukan pelajar tingkatan satu bagi sesi tahun 2018. Seramai 17 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar STARULe bagi sesi tahun 2018. Kehadiran pelajar baru tingkatan satu juga secara tidak langsungnya menambah ahli keluarga STARULe. Turut hadir pada hari pendaftaran pelajar tingkatan satu Penolong Pengarah Unit Penilaian & Peperiksaan  daripada Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak iaitu al-Fadhil ustaz Fadhli Bin Baharom.

     Kedatangan pelajar baru tingkatan satu ke STARULe menjadi harapan tinggi oleh ibu bapa dan guru-guru agar menjadi permata gemilang bukan daripada sudut akademik sahaja malahan daripada sudut sahsiah yang diharap dapat melahirkan insan yang berjaya dunia dan akhirat. Doa dan harapan para ibu bapa dan warga pendidik STARULe sentiasa bersama para pelajar. Berikut antara foto-foto yang berjaya dirakam oleh unit fotografi majalah sekolah STARULe 2018:


Kaunter pendaftaran pelajar
Kaunter pendaftaran asrama

Pendidik STARUle
Kaunter koperasi
Suasana di asrama antara warden
dan pelajar baru

Sebahagian pelajar STARULe memberi khidmat
 kepada pelajar tingkatan satu 
Tuan Pengetua bersama wakil JAIPk
 Bahagian Pendidikan 
Majlis penyerahan al-Quran antara guru Quran
dan pelajar bersama penjaga



2. Pendaftaran pelajar tingkatan empat 2018:

Pada 11 Januari 2018 pendaftaran pelajar tingkatan empat telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 9 orang pelajar tingkatan empat yang hadir mendaftarkan diri bagi sesi 2018. Dengan azam dan semangat yang baru, para pelajar tentunya telah memasang impian untuk mencorakkan kehidupan sehingga berjaya ke menara gading. 

      Berbekalkan doa dan harapan ibu bapa serta guru, diharapkan pelajar tingkatan empat pada tahun ini dapat menimba ilmu sebanyak mungkin yang ada di STARULe demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Berikut antara foto-foto yang dirakamkan oleh unit fotografi majalah STARULe 2018:


Pelajar tingkatan empat yang baru mendaftar
Penjaga mengiringi pelajar ketika sesi pendaftaran


Pendidik memberi kata-kata semangat kepada 
pelajar tingkatan empat yang baru mendaftar
Pendidik memberi taklimat ringkas




3. Majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas STARULe dan pengawas pusat sumber STARULe 2018:

Majlis ringkas perlantikan pengawas STARULe dan pengawas pusat sumber STARULe bagi tahun 2018. Perlantikan yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua al-Fadhil ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai. Diharapkan para pengawas STARULe dapat menjalankan tugas dengan baik dan bersedia membantu pihak STARULe. 

     Begitu juga peranan pengawas pusat sumber STARULe diharapkan dapat menjana idea dan membantu pihak STARULe dalam melahirkan insan yang berpengetahuan luas hasil daripada bacaan ilmiah yang ada di pusat sumber STARULe. Semoga perlantikan kedua-dua badan pengawas STARULe dapat membimbing rakan-rakan yang lain ke arah pembentukan insan yang berilmu, beriman dan beramal dengan garis panduan yang tersedia ada pada  syariat dengan bimbingan daripada warga pendidik STARULe. 

Penyerahan watikah perlantikan
 sebagai Ketua Umum STARULe

Penyerahan watikah perlantikan sebagai
Penolong Ketua Umum STARULe

Penyerahan watikah perlantikan sebagai
 Penolong Ketua Umum Asrama STARULe







Para pengawas STARULe melafazkan ikrar
Penyerahan watikah perlantikan daripada Tuan Pengetua

Para pengawas pusat sumber
STARULe melafazkan ikrar









4. Skuad bomba STARULe:

Pada 20 Januari 2018 bersamaan hari Sabtu, para pelajar dan guru telah mengikuti kursus teori latihan praktikal yang telah diberikan oleh pasukan bomba dan penyelamat. Kursus tersebut dilakukan pada sebelah pagi yang disampaikan wakil daripada pegawai bomba dan penyelamat Gerik. Setelah mengikuti kursus teori, pelajar dan guru mengikuti latihan praktikal yang juga disampaikan oleh unit bomba dan penyelamat Gerik.

      Para pelajar dan guru dapat menimba banyak pengalaman daripada aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak bomba. Aktiviti tersebut bukan sahaja dilakukan untuk menyelamat situasi sesuatu keadaan di sekolah akan tetapi latihan dan aktiviti tersebut perlu dipraktikkan di luar sekolah sekiranya berlaku kecemasan kebakaran dan sebagainya. Berikut antara aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar STARULe dan guru:

Demonstrasi daripada pegawai bomba
Latihan bantuan kecemasan daripada pegawai bomba

Para pelajar STARULe mengikuti kursus
daripada pegawai bomba dan penyelamat
Para pelajar STARULe menjalankan
praktikal aktiviti membantu dan menyelamat 

Guru turut mengikuti praktikal aktiviti
 menyelamat dan memadam kebakaran


Teknik asas dalam mengawal kebakaran kecil dan besar




5. Majlis perlancaran bulan bahasa STARULe 2018:

Pada tanggal 29 Januari bersamaan hari Isnin telah berlangsungnya majlis perlancaran bulan bahasa STARULe 2018. Majlis tersebut adalah julung kalinya dilakukan kerana pada minggu bahasa pada kali ini membabitkan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Menariknya minggu bahasa dijalankan ikut minggu dan para pelajar diminta bertutur mengikut minggu bahasa yang dijalankan.

    Pada perlancaran minggu bahasa tersebut, Penolong Kanan Pentadbiran STARULe telah merasmikan minggu bahasa dengan jayanya. Diharapkan minggu bahasa yang sedang dijalankan dapat menambah baik mutu pertuturan. Disamping dengan adanya minggu bahasa ini, pelajar dapat mengaplikasikan segala bentuk aktiviti yang telah dirancang para guru panita bahasa dalam kehidupan demi memajukan diri-sendiri ke arah yang lebih gemilang.


Perlancaran bulan bahasa oleh
Penolong Kanan Pentadbiran STARULe






Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"