Khamis, 8 Februari 2018

Aktiviti Bulan Bahasa Minggu Bahasa Inggeris Tahun 2018


Pada 1 Februari hingga 7 Februari 2018, telah berlangsungnya minggu bahasa Inggeris. Banyak aktiviti telah berjaya dijalankan dengan penyertaan yang sangat memberansangkan daripada pelajar STARULe. Aktiviti yang telah dijalankan dalam minggu bahasa Inggeris tersebut antaranya:

  • Riddles
  • Tongue Twister Competition
  • Film Showing + Quiz
  • Crossword Puzzle Competition
  • Poem Writing Competition
  • Essay Writing Competition
  • Spelling Bee 
   
       Para pelajar menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan. Tahniah kepada guru panita bahasa Inggeris yang telah berjaya menarik minat para pelajar untuk meminati bahasa Inggeris walaupun bahasa Inggeris bukan bahasa utama dalam negara Malaysia. Adalah sangat baik sekiranya para pelajar menguasai bahasa Inggeris, ini kerana dengan penguasaan bahasa tersebut para pelajar tidak berdepan masalah sekiranya bertemu dengan manusia yang bertutur dalam bahasa Inggeris. 

          Tambahan pula, bahasa Inggeris salah satu daripada ilmu bahasa yang Allah s.w.t. kurniakan. Pasti ada hikmah disebalik kewujudan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris tidak terhad pada pembelajaran dan peperiksaan, malah penguasaan bahasa Inggeris dapat dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan dakwah Islamiah kepada bangsa yang bertutur dalam bahasa Inggeris yang bukan beragama Islam. Buktinya terdapat banyak pendakwah-pendakwah antarabangsa yang bertutur dalam bahasa Inggeris demi menyampaikan dakwah Islam yang ditinggalkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

          Antara pendakwah terkenal yang terdapat di dunia yang menggunakan medium bahasa Inggeris selain bahasa Arab sebagai medium untuk menyampaikan dakwah seperti Dr. Zakir Naik, Mufti Menk, Yasmin Mogahed, Nouman Ali Khan, dan Yusuf Estes. Banyak lagi pendakwah-pendakwah yang hebat menggunakan bahasa Inggeris demi menyebarkan dakwah Islamiah keseluruh dunia. Wajar para pelajar mengambil semangat dan keberanian untuk bertutur dan belajar bahasa Inggeris dengan baik agar menjadi seorang yang mampu menyebarkan dakwah Islamiah disamping menyampaikan ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. InshaAllah sekiranya niat ikhlas demi agama Islam, Allah akan memudahkan segala urusan. Aamiin. Berikut adalah antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang minggu bahasa Inggeris: 





Kata motivasi Inggeris:
 "If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you".
"Jika anda tidak mahu belajar, tidak akan ada seorang pun yang boleh membantu anda. Jika anda bersungguh untuk belajar, tidak akan ada yang dapat menghentikan anda".








Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"