Selasa, 12 September 2017

KEM AKADEMIK SPM, PT3, THANAWI DAN IDADI

Kem akademik STARULe telah diadakan pada hari Jumaat hingga Ahad yang lepas bertarikh 8 hingga 10 September 2017. Kem ini disertai oleh semua pelajar tingkatan 2 hingga 5 manakala para pelajar tingkatan 1 mengisi slot-slot mereka dengan sesi hafazan dan murajaah al-Quran. Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Lenggong menjadi tempat pilihan untuk kem akademik pada kali ini.

Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, mereka terlibat dengan subjek-subjek PT3 dan SPM manakala bagi pelajar tingkatan 2 dan 4, mereka terlibat dengan subjek-subjek Idadi dan Thanawi. Penceramah-penceramah luar yang berpengalaman telah dijemput bagi mengisi semua slot tersebut.






Segala input yang telah diberikan oleh barisan penceramah diharap sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Guru-guru yang terlibat juga diharap mendapat sesuatu yang berfaedah untuk digunakan dalam PdPc daripada kem akademik kali ini. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"