Jumaat, 8 September 2017

BENGKEL PENGHAYATAN BUDAYA KERJA PRESTASI TINGGI STARULe

Pada 25 hingga 26 Ogos 2017 yang lalu, guru dan kakitangan STARULe telah mengikuti Bengkel Penghayatan Budaya Kerja Prestasi Tinggi di Rumah Rehat Selama, Perak. Bengkel ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada semua guru dan kakitangan untuk lebih meningkatkan prestasi diri dan kerja.

Terdapat lima slot sepanjang bengkel ini berlangsung iaitu dua slot pada hari Jumaat dan tiga slot pada hari berikutnya. Slot pertama bertajuk "Mengapakah Kita di Sini, Menjuarai Perubahan" manakala slot kedua ialah "Senjata dan Nilai Budaya Kerja Prestasi Tinggi". Slot ketiga ialah "Misi Juara Perubahan : Penjulang Obor Budaya Kerja Prestasi Tinggi", slot keempat "Merealisasi Misi Juara Perubahan : Menggarap Tekad, Mencarta Tindakan" dan slot yang terakhir ialah "Pembentangan dan Rumusan Bengkel". Penceramah bagi semua slot ialah En. Dzulhijah bin Sukarno.






Selepas berakhirnya slot kelima iaitu kira-kira jam 5.15 petang, perasmian penutup bagi bengkel ini dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Tn Haji Mohamad Nasar bin Kurdi. Perkara yang diharapkan selepas bengkel ini ialah semua guru dan kakitangan STARULe dapat memberikan komitmen 110% dalam semua perkara yang dilakukan dan prestasi kerja akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"