Selasa, 4 Julai 2017

SESI BERMAAF-MAAFAN DAN HARI BERTEMU WARIS

Pada hari Khamis, 22 Jun 2017 telah diadakan sesi bermaaf-maafan antara pelajar-pelajar dan guru-guru STARULe bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Sesi ini dijalankan kira-kira jam 8.00 pagi. Semua pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan sekolah bagi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.




Setelah tamat acara tersebut, sesi bertemu waris pula diadakan. Hal ini bagi memudahkan urusan para guru dan ibu bapa kerana hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahan sebelum para pelajar pulang ke kampung untuk berhari raya. Ibu bapa yang sudah berjumpa dengan guru-guru yang berkaitan, boleh terus membawa pulang anak-anak mereka.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"