Rabu, 12 Julai 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri STARULe telah diadakan pada 11 Julai 2017, bersamaan 17 Syawal 1438 Hijriah. Semua warga STARULe digalakkan untuk memakai baju raya masing-masing bagi memeriahkan lagi sambutan.




Majlis bermula di dewan mini apabila semua pelajar dan guru-guru berkumpul bagi mendengar ucapan daripada wakil pelajar dan ucapan perasmian daripada wakil pengetua, iaitu penolong kanan pentadbiran, cikgu Norsufiah. Selepas itu, majlis diserikan pula dengan persembahan daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 yang menyampaikan "choral speaking" berkenaan sambutan hari raya. Setelah itu, sebuah video yang berjudul "Secangkir Fatihah buat Ibu" turut ditayangkan hasil garapan kreatif ustaz Alhadi.





Kemudian, semua guru dijemput menjamu selera di kelas tingkatan 5 manakala para pelajar pula menjamu selera di dewan makan. Pelbagai juadah disediakan seperti lemang, nasi impit, rendang ayam, daging masak hitam dan bihun sup. Para pelajar juga turut membawa kuih raya dan kerepek untuk dijamu pada hari tersebut.



Walaupun majlis pada kali ini agak ringkas, tetapi tetap memberikan senyuman buat semua warga STARULe kerana dapat meraikan sambutan hari raya bersama-sama di samping dapat mengeratkan ukhuwah sesama mereka. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"