Isnin, 24 Julai 2017

KEM PERKHEMAHAN KOKURIKULUM

Pada hari Jumaat hingga Ahad yang lepas, bertarikh 14 hingga 16 Julai 2017 telah diadakan Kem Perkhemahan Kokurikulum bertempat di Kem D Risa Impiana Resort, Gerik, Perak. Kem ini disertai oleh semua pelajar dan sembilan orang guru dan staf. Walau bagaimanapun, beberapa slot dalam kem ini tidak disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 kerana mereka mengikuti seminar teknik menjawab soalan SPM.



Mereka tiba di kem kira-kira jam 4.30 petang dan para pelajar diberi taklimat sebelum pembahagian kumpulan khemah dan pengurusan barangan. Pada jam 9.00 malam, slot pertama bermula iaitu pembinaan identiti dan pembentangan kumpulan.






Keesokan harinya, para pelajar mengikuti perbarisan pagi, senaman cergas dan sarapan pagi. Kemudian, mereka mengikuti "jungle trekking" sehingga tengah hari. Pada sebelah petang hingga malam para pelajar menyertai aktiviti silat dan Kadet Remaja Sekolah (KRT).




Pada hari Ahad pula, para pelajar meyertai aktiviti "Flying Fox". Kemudian, mereka meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan kem. Kir-kira jam 2.00 petang, para pelajar, guru-guru dan staf bertolak pulang ke sekolah. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"