Selasa, 11 Julai 2017

KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN

Pada 7 hingga 9 Julai 2017 yang lalu, para pelajar STARULe terlibat dengan Kem Motivasi dan Kepimpinan yang bertempat di Pusat Kepimpinan Pelajar (PUSKEP) MARA, berhampiran dengan MRSM Lenggong, Perak. Kem ini bertujuan bagi memberi motivasi dan semangat serta bimbingan menjadi seorang ketua kepada para pelajar.

Para pelajar dan beberapa orang guru bertolak dari sekolah kira-kira jam 3.30 petang dan tiba di kem 15 minit kemudian. Kemudian, mereka diberi taklimat dalam sesi perkenalan bersama-sama orang PUSKEP. Pada petangnya pula, para pelajar terlibat dengan aktiviti "Water Confident" iaitu berada di dalam air dan melakukan beberapa perkara bagi menguji ketahanan dan keyakinan mereka. Pada sebelah malamnya pula, aktiviti "Ice Breaking" dijalankan yang melibatkan Latihan dalam Kumpulan (LDK) 1.






Keesokannya, para pelajar dan guru-guru menyertai aktiviti berkayak ke Sungai Perak dan berbasikal dari Tasik Raban ke Kampung Luat. Walaupun kepenatan tetapi aktiviti-aktiviti ini begitu mengujakan pelajar-pelajar dan guru-guru. Di sebelah petangnya pula, aktiviti memanah dan "Flying Fox" mengisi slot para pelajar. Beberapa orang guru turut juga mengambil peluang menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti malam para pelajar pula ialah LDK 2 dengan topik, "Communcation Games".













Pada hari Ahad pula, LDK 3 mengisi slot pagi pelajar-pelajar. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diasingkan mengikut kumpulan kepimpinan pelajar dan pelajar biasa. Beberapa aktiviti dijalankan ketika LDK ini. Kira-kira jam 11.30 pagi, majlis penutup diadakan. Beberapa orang pelajar turut melakukan persembahan dan sesi bersalam-salaman serta fotografi mengakhiri kem tiga hari dua malam tersebut. 








Setelah makan tengah hari di kem, para pelajar dan guru-guru bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"