Khamis, 15 Jun 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU STARULe 2017

Bertempat di Dewan Mini STARULe, pada hari Jumaat, 26 Mei yang lalu telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru serta staf-staf STARULe dalam memberikan ilmu dan didikan kepada pelajar-pelajar. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Pada sambutan kali ini, para guru dan staf diminta berpakaian sekolah kerana temanya ialah "Back to School".





Majlis dimulakan dengan acara sukaneka, kira-kira jam 8.00 pagi. Semua guru dan beberapa orang pelajar terlibat dalam acara-acara yang dipertandingkan iaitu Mumia, Bowling Kelapa, Kepala Bola dan Geli-geli Tak Kome. Setelah itu, semua guru, staf dan para pelajar berkumpul di Dewan Mini bagi acara kemuncak. 

Acara Geli-geli Tak Kome

 Acara Bowling Kelapa

 Acara Kepala Bola

Acara Mumia

Seusai kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, bacaan ayat suci al-Quran, nyanyian lagu Negaraku, lagu Sekolah, lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru dilagukan. Selepas itu, para guru membacakan ikrar Hari Guru sebelum pengetua, Ustaz Faiz Muhammad Rafaai menyampaikan ucapannya disamping video yang telah beliau sediakan.



Video gimik perasmian daripada para pelajar tingkatan tiga turut ditayangkan, diikuti tayangan video daripada para pelajar dan Ustaz Al Hadi. Kemudian, beberapa orang pelajar turut mengadakan persembahan bagi memeriahkan lagi majlis. Akhirnya merupakan acara penyampaian hadiah kepada para guru pilihan dan pemenang acara sukaneka.






Kira-kira jam 11.30 pagi, acara di Dewan Mini pun berakhir. Para guru, staf dan pelajar menjamu selera di dewan makan sambil bertukar-tukar hadiah sesama mereka. Setelah itu, semua guru dan staf lelaki bersama-sama para pelajar menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran sebelum pulang bercuti selama dua minggu. Sekian.

Guru Pembina Negara Bangsa

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"