Selasa, 4 April 2017

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU PERAK

Bertempat di Dewan Kemas Lenggong, pada 29 Mac 2017 telah berlangsungnya Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak. Pertandingan ini merupakan kali ketiga yang dikelolakan oleh STARULe.


Seramai tujuh buah sekolah mengambil bahagian pada kali ini iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe A dan B), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ahmad, SMK Batu 4, SMK Tun Saban, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, MRSM Gerik dan MRSM Pengkalan Hulu. Bermula jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, pasukan-pasukan dari sekolah-sekolah yang terlibat mula mendaftarkan diri.



Pada jam 1.00 petang, majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis dan bacaan doa daripada Ustaz Muhammad 'Atif Anaqi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi pertandingan iaitu Ustaz Faiz, seterusnya, taklimat pertandingan oleh ketua pertandingan, Encik Jusnizan. Kemudian, majlis berehat sebentar bagi memberi laluan untuk para juri dan peserta menunaikan solat zohor dan makan tengah hari.

Usai solat zohor, pertandinganpun dimulai dengan Seni Tari Silat Putera dan Puteri. Setelah itu, Seni Tempur Silat Putera dan Puteri, diikuti Seni Jurus Silat Putera dan Puteri, Dan yang terakhir ialah Silat Seni Asli Putera yang dilangsungkan bersama-sama Muzik Silat.







Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

  • Seni Tari Silat Putera
    1. MRSM Lenggong
    2. SMK Tun Saban
    3. MRSM Pengkalan Hulu
  • Seni Tari Silat Puteri
    1. MRSM Pengkalan Hulu
    2. MRSM Gerik
    3. SMK Tun Saban
  • Seni Tempur Silat Putera
    1. MRSM Gerik
    2. STARULe A
    3. SMK Tun Saban
  • Seni Temput Silat Puteri
    1. MRSM Gerik
    2. SMK Tun Saban
    3. MRSM Pengkalan Hulu
  • Seni Jurus Silat Putera
    1. STARULe A
    2. STARULe B
    3. MRSM Gerik
  • Seni Jurus Silat Puteri
    1. SMK Dato' Ahmad
    2. MRSM Pengkalan Hulu
    3. MRSM Lenggong
  • Silat Seni Asli Putera
    1. STARULe A
    2. STARULe B
    3. SMK Batu 4
  • Muzik Silat
    1. STARULe A
    2. STARULe B




STARULe telah memenangi pertandingan ini secara keseluruhannya. Tahniah dan syabas kepada semua peserta, tenaga pengajar, guru-guru serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada pertandingan kali ini. Semoga STARULe akan terus cemerlang pada masa-masa akan datang. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"