Sabtu, 8 April 2017

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH HULU PERAK

Pada 4 April yang lalu, STARULe telah menghantar beberapa orang pelajar bagi menyertai pertandingan di Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja, Gerik. Seramai tujuh orang pelajar menyertai pertandingan nasyid manakala bagi pertandingan syarahan Bahasa Melayu, hafazan al-Quran dan tilawah al-Quran masing-masing diwakili oleh seorang pelajar.




Keputusan Pertandingan:
  1. Nasyid - Naib Johan
  2. Hafazan - Naib Johan
  3. Tilawah - Juara (akan bertanding di peringkat negeri)




Tahniah dan syabas kepada para pelajar yang berjaya pada MTQ kali ini. Walaupun ini merupakan kali pertama STARULe menyertai MTQ tetapi para pelajar telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tahniah sekali lagi!

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"