Rabu, 19 April 2017

KEJOHANAN SUKAN "COMBAT" PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2017

Pada 14 hingga 16 April 2017 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Sukan "Combat" Peringkat Negeri Perak di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh. Seramai empat orang wakil dari STARULe telah dihantar ke kejohanan ini bagi mewakili daerah Hulu Perak dalam acara Jurus Wajib Putra (tiga orang) dan Olahraga Kelas D (seorang).

Wakil STARULe dalam acara Jurus Wajib Putra telah dinobatkan sebagai juara dan dicalonkan untuk mewakili Negeri Perak pada Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) tahun hadapan.

Senarai Peserta:

  1. Aiman bin Mohd Radzai (Jurus Wajib Putra)
  2. Faris Abdul Azim bin Jamaluddin (Jurus Wajib Putra)
  3. Muhammad Alif Najmi bin Mohd Nasir (Jurus Wajib Putra)
  4. Aminul Hafiz bin Ahmad Badrin (Olahraga Kelas D)

Wakil Olahraga Kelas D


Wakil Jurus Wajib Putra

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Tahniah juga diucapkan kepada para guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan tunjuk ajar dan semangat kepada para pelajar yang terlibat. Benarlah seperti yang dicanang-canangkan oleh pengetua STARULe, Ustaz Faiz Muhammad Rafaai, "Tidak sekarang, bila? Tidak aku, siapa? STARULe harum di persada dunia". Semoga perkara yang diperkatakan akan menjadi nyata suatu hari nanti, insya-Allah. Sekian. 

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"