Selasa, 7 Mac 2017

ACARA MERENTAS DESA DAN PROGRAM ASAS MEMANAH

Acara merentas desa STARULe telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 04 Mac yang lalu. Acara ini melibatkan semua pelajar STARULe dan bermula kira-kira jam 9.00 pagi. Pada kali ini, para pelajar perlu berlari sejauh lima kilometer bermula dari Masjid Jamek Lenggong, melalui Kampung Teluk Batu, Kampung Temelong, Kampung Bukit Nangka dan berakhir di Dataran Lenggong. Para pemenang dikira mengikut tingkatan dan markah diambil bagi setiap rumah sukan yang diwakili oleh mereka. Acara merentas desa ini berakhir kira-kira jam 10.00 pagi.









Pada tengah hari pula, para pelajar dan beberapa orang guru menyertai Program Asas Memanah di STARULe. Program ini dikendalikan oleh en. Hazwan dan en. Shafwan dari Hafs Archery. Sebelum memulakan sesi memanah, en. Shafwan memberikan sedikit taklimat berkaitan cara-cara memanah, peraturan memanah, alat-alatan dan keselamatan yang perlu diambil kira sebelum, ketika dan selepas memanah. Selepas itu, para pelajar diajar cara yang betul memegang busur dan anak panah. Setiap pelajar diberi peluang untuk memanah dan markah diambil berdasarkan ketepatan panahan. Mereka juga dipecahkan kepada rumah sukan masing-masing dan rumah hijau telah menjuarai acara berkumpulan menewaskan rumah sukan yang lain. Program ini berakhir kira-kira jam 5.00 petang.







Walaupun kepenatan, tetapi acara dan program yang telah berlangsung pada hari tersebut memberikan keceriaan kepada pelajar-pelajar. Mereka dilihat begitu fokus dan komited dalam menjayakannya. Diharapkan perkara sebegini juga dapat diterapkan dalam pelajaran dan pembelajaran mereka agar kurikulum dan kokurikulum dapat berjalan seiringan. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"