Jumaat, 3 Februari 2017

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR

Pada 19 Januari 2017, bertempat di Dewan Besar Resort Tasik Raban telah berlangsungnya Program Motivasi Pelajar yang dianjurkan oleh STARULe. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

Sebanyak lima buah sekolah terlibat dalam program ini iaitu STARULe (semua pelajar), SMK Tan Sri Aziz, Lenggong (10 orang), SMK Dato' Ahmad, Lenggong (10 orang), SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong (10 orang) dan SMK Bukit Mercu, Kuala Kangsar (20 orang). Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Syaari Abd. Rahman dari Master Trainer Ibrah Paradigm Training and Consultancy.






Program Motivasi Pelajar ini telah berakhir dengan jayanya. Diharapkan pada masa akan datang, program-program seperti ini akan lebih giat diadakan kerana banyak manfaatnya. Sekian.


Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"