Selasa, 14 Februari 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN IDADI DAN THANAWI

Pada Isnin 13 Februari 2017, keputusan Idadi dan Thanawi bagi tahun 2016 telah diumumkan oleh Ustaz Farihan ketika perhimpunan rasmi sekolah. Seramai 16 orang pelajar mengambil peperiksaan Idadi dan 12 orang mengambil peperiksaan Thanawi pada tahun lepas. Bagi keputusan Idadi, seramai 10 orang mendapat keputusan mumtaz dan dua daripadanya ialah mumtaz sufi (Muhammad Amir Izzat dan Muhammad Farid), manakala enam orang pula memperoleh jaid jiddan. Keputusan Thanawi pula, seramai sembilan orang mendapat keputusan mumtaz dan dua daripadanya ialah mumtaz sufi (Muhammad Aiman dan Muhammad Al-Ameen) manakala yang selebihnya memperoleh jaid jiddan. 






Pelajar-pelajar Mumtaz Sufi (Idadi)





Pelajar Mumtaz Sufi (Thanawi)
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dunia akhirat. Tahniah!!     

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"