Ahad, 5 Februari 2017

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MINGGU TRANSISI MURID TINGKATAN 1

Setelah tiga minggu mengikuti program transisi, akhirnya pada 2 Februari 2017 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Program Minggu Transisi Murid Tingkatan 1 yang bertempat di Dewan Mini STARULe, kira-kira jam 10.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Amir Izzat dan seterusnya nyanyian lagu sekolah dan Negaraku. Selepas itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Norsufiah menyampaikan ucapan bagi pihak pengetua yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar tingkatan 1, hasil bimbingan daripada pelajar-pelajar senior. Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 yang terpilih seperti pelajar berdedikasi, pelajar potensi dan tokoh hafazan. Acara terakhir pada majlis tersebut ialah bacaan ikrar oleh para pelajar tingkatan 1.


 Persembahan nasyid


Penyampaian hadiah

Bacaan ikrar

Besarlah harapan pihak sekolah agar para pelajar tingkatan 1 dapat mengikuti sesi persekolahan pada tahun ini dengan penuh keazaman dan bersemangat. Dan semoga pelajar-pelajar senior dapat membantu adik-adik mereka ini dalam menjalani kehidupan seharian di STARULe. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"