Ahad, 12 Februari 2017

LAWATAN PERSATUAN KADET REMAJA SEKOLAH KE GUA TEMPURUNG

Seramai 27 orang pelajar telah mengikuti Lawatan ke Gua Tempurung yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kadet Remaja Sekolah (KRS) pada 09 Februari 2017 yang lepas. Lawatan ini turut disertai oleh empat orang guru pengiring berserta dua orang staf STARULe. Bayaran yang dikenakan ialah RM 15.00 seorang.

Rombongan ini bertolak dari sekolah kira-kira jam 7.30 pagi dan tiba pada jam 9.30 pagi. Pada pukul 9.40 pagi, Ustaz Hadi memberikan sedikit taklimat dan mereka turut membaca doa dan melakukan renggangan badan yang dipimpin oleh saudara Kamal. Pada pukul 10.10 pagi, para peserta turut diberikan taklimat oleh jurulatih Cave Ranger tentang keselamatan diri sepanjang berada di kawasan gua.




Seterusnya, ekspedisi menjelajah Gua Tempurung (Tour 3) bermula. Tour 3 bermaksud "Tour top of the world and short river adventure" iaitu mengharungi 640 anak tangga untuk sampai ke platform kelima (top of the world). Para peserta juga turut berpeluang untuk mandi-manda di kawasan air sungai gua tersebut. Mereka telah keluar dari kawasan gua kira-kira jam 1.30 petang. 




Pada jam 2.30 petang, mereka bertolak pulang ke sekolah. Sebelum itu, para peserta telah singgah di RnR Sungai Perak untuk makan petang. Mereka tiba di STARULe kira-kira pukul 5.30 petang. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"