Khamis, 19 Januari 2017

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Tanggal  hari Isnin, 16 Januari yang lalu telah diadakan majlis ringkas pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang baharu. Majlis ini telah berlangsung ketika perhimpunan rasmi sekolah di Dewan Mini STARULe kira-kira jam 9.15 pagi. Pengawas sekolah yang dilantik pada tahun ini adalah seramai 16 orang manakala pengawas pusat sumber adalah seramai lapan orang.

Pada permulaannya, nama-nama pelajar bagi lantikan sebagai pengawas pusat sumber diumumkan oleh Ustazah Nurul Jannah selaku guru penyelaras. Mereka kemudiannya menerima tag nama dan sijil daripada pengetua sebagai simbolik persetujuan menggalas tugas sebagai pengawas pusat sumber. Selepas itu, mereka melafazkan ikrar di hadapan semua guru dan pelajar-pelajar yang lain dengan diketuai oleh Muhammad Ikhmal Hakimie bin Abdul Halim.




Para pengawas pusat sumber melafazkan ikrar

Setelah selesai pelantikan pengawas pusat sumber, Cikgu Zukhairah pula mengambil alih bagi mengumumkan nama-nama pelajar yang dilantik sebagai pengawas sekolah yang baharu. Mereka pula menerima tali leher dan sijil daripada pengetua sebagai simbolik persetujuan menjadi pengawas sekolah dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kemudian, mereka turut melafazkan ikrar di hadapan semua yang ada dengan diketuai oleh Muhammad Hafizul Aziz bin Mohd Suhaimi.







Para pengawas sekolah melafazkan ikrar
Para pelajar yang telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber pada tahun ini diharapkan agar dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Amat besar harapan pihak sekolah agar mereka dapat memacu STARULe ke tahap yang lebih tinggi dan lebih baik lagi selepas ini, Insya-Allah. Sekian.  

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"