Isnin, 16 Januari 2017

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2017

      Pada hari Rabu, 11 Januari 2017 telah berlangsungnya Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 bagi sesi 2017 bertempat di STARULe. Majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi dengan ketibaan ibu bapa dan penjaga bersama anak masing-masing. 

    Terdapat lima kaunter yang disediakan oleh pihak sekolah iaitu kaunter pendaftaran, kaunter kewangan, kaunter PIBG, kaunter koperasi dan juga kaunter asrama. Semua ibu bapa mahupun penjaga perlu melalui kaunter-kaunter ini bagi memudahkan proses pendaftaran.

      Setelah semua urusan berkaitan pendaftaran selesai, ibu bapa dan pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baharu dijemput ke Dewan Mini STARULe untuk mendengar sedikit taklimat daripada pengetua dan ucapan daripada wakil JAIPk. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan "Simbolik Penyerahan Anak" daripada ibu bapa dan penjaga kepada pihak sekolah.

      Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ibu bapa serta penjaga beransur pulang ke rumah masing-masing. 






Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"