Isnin, 23 Januari 2017

PROGRAM MUKHAYYAM TAHFIZ SIRI 1/2017

MAKLUMAN IBU BAPA/PENJAGA 


Assalammualaikum w.b.t,

Berikut merupakan senarai nama pelajar yang perlu mengikuti program Mukhayyam Tahfiz mulai 25 Januari 2017 (Rabu) sehingga 28 Januari 2017 (Sabtu). Pelajar berikut hanya dibenarkan pulang pada 28 Januari 2017 (Sabtu) selepas jam 12.00pm dan pulang semula ke asrama STARULe pada hari selasa (31 Januari 2017) sebelum jam 6.00pm.

SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM MUKHAYYAM TAHFIZ SIRI 1/2017.

TINGKATAN 1 
- Semua Pelajar-

TINGKATAN 2
1. Amir Syazani Bin Amir Ridhor
2. Muhammad Firdaus Bin Zahari
3. Muhammad Afdal Bin Shafie

TINGKATAN 3
1. Muhammad Aiman Bin Tajudin
2. Muhammad Hafizuddin Bin Mohammad Shuib
3. Muhammad Ikmal Rajaie Bin Rosli
4. Muhammad Azib Syamil Bin Azman
5. Abdul Rahman Humaidi Bin Husaini
6. Abdul Qawiem Bin Abd Aziz
7. Abdul Rahim Bin Mohd Nayam

TINGKATAN 4
1. Muhammad Nur Iman Bin Azhari
2. Muhammad Fakhrurrazi Bin Abdul Razak
3. Aminul Hafiz Bin Ahmad Badrin

TINGKATAN 5
1. Muhammad Saifuddin Bin Mohd Zahid
2. Muhammad 'Afif Syimir Bin Safian

Khamis, 19 Januari 2017

MINGGU TRANSISI MURID TINGKATAN 1 - REHLAH DI TASIK RABAN

Pada hari Isnin, 16 Januari yang lalu, para pelajar tingkatan 1 yang baharu iaitu seramai 10 orang telah mengikuti rehlah di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Rehlah ini turut disertai oleh dua orang guru dan dua orang staf sekolah. Para peserta bertolak dari sekolah kira-kira jam 9.00 pagi.

Setelah sampai di Tasik Raban, para peserta diberikan sedikit taklimat oleh pengendali bot berkenaan keselamatan yang perlu diambil kira sebelum, semasa dan selepas menaiki bot. Kemudian, semua peserta memakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot mengelililngi Tasik Raban.



Dalam perjalanan melihat keindahan Tasik Raban, para peserta berhenti di Kampung Gurau bagi melihat cara-cara membaiki bot yang dilakukan oleh penduduk kampung. Selepas itu, mereka meneruskan aktiviti mengelilingi tasik yang memakan masa kira-kira dua jam.





Para peserta tiba di STARULe pada pukul 11.30 pagi. Walaupun agak penat tetapi jelas terpancar keseronakan di wajah pelajar-pelajar kerana dapat mengurangkan sedikit tekanan pada minggu transisi yang telah masuk minggu kedua. Sekian. 

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Tanggal  hari Isnin, 16 Januari yang lalu telah diadakan majlis ringkas pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang baharu. Majlis ini telah berlangsung ketika perhimpunan rasmi sekolah di Dewan Mini STARULe kira-kira jam 9.15 pagi. Pengawas sekolah yang dilantik pada tahun ini adalah seramai 16 orang manakala pengawas pusat sumber adalah seramai lapan orang.

Pada permulaannya, nama-nama pelajar bagi lantikan sebagai pengawas pusat sumber diumumkan oleh Ustazah Nurul Jannah selaku guru penyelaras. Mereka kemudiannya menerima tag nama dan sijil daripada pengetua sebagai simbolik persetujuan menggalas tugas sebagai pengawas pusat sumber. Selepas itu, mereka melafazkan ikrar di hadapan semua guru dan pelajar-pelajar yang lain dengan diketuai oleh Muhammad Ikhmal Hakimie bin Abdul Halim.




Para pengawas pusat sumber melafazkan ikrar

Setelah selesai pelantikan pengawas pusat sumber, Cikgu Zukhairah pula mengambil alih bagi mengumumkan nama-nama pelajar yang dilantik sebagai pengawas sekolah yang baharu. Mereka pula menerima tali leher dan sijil daripada pengetua sebagai simbolik persetujuan menjadi pengawas sekolah dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kemudian, mereka turut melafazkan ikrar di hadapan semua yang ada dengan diketuai oleh Muhammad Hafizul Aziz bin Mohd Suhaimi.







Para pengawas sekolah melafazkan ikrar
Para pelajar yang telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber pada tahun ini diharapkan agar dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Amat besar harapan pihak sekolah agar mereka dapat memacu STARULe ke tahap yang lebih tinggi dan lebih baik lagi selepas ini, Insya-Allah. Sekian.  

Isnin, 16 Januari 2017

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2017

      Pada hari Rabu, 11 Januari 2017 telah berlangsungnya Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 bagi sesi 2017 bertempat di STARULe. Majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi dengan ketibaan ibu bapa dan penjaga bersama anak masing-masing. 

    Terdapat lima kaunter yang disediakan oleh pihak sekolah iaitu kaunter pendaftaran, kaunter kewangan, kaunter PIBG, kaunter koperasi dan juga kaunter asrama. Semua ibu bapa mahupun penjaga perlu melalui kaunter-kaunter ini bagi memudahkan proses pendaftaran.

      Setelah semua urusan berkaitan pendaftaran selesai, ibu bapa dan pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baharu dijemput ke Dewan Mini STARULe untuk mendengar sedikit taklimat daripada pengetua dan ucapan daripada wakil JAIPk. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan "Simbolik Penyerahan Anak" daripada ibu bapa dan penjaga kepada pihak sekolah.

      Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ibu bapa serta penjaga beransur pulang ke rumah masing-masing. 






"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"