Isnin, 26 Disember 2016

MAKLUMAN TARIKH SESI AWAL PERSEKOLAHAN

 2017


PELAJAR TINGKATAN 2, 3 dan 5

Tarikh pulang ke asrama:   2 JANUARI 2017
Hari:                      ISNIN
Masa:                      Sebelum jam 6.30 petang
Pakaian:                   Pakaian Rasmi Sekolah

* Semua pelajar akan mengikuti sesi Penilaian Hafazan Qur'an awal tahun pada 3 & 4 Januari 2017 untuk memastikan ayat-ayat qur'an yang telah dihafaz sebelum ini, masih diingat dengan baik. Pelajar yang mendapat gred F dalam penilaian ini akan mengikuti sesi tambahan pada Cuti Tahun Baru Cina (26 hingga 31 Januari 2017) dan perlu menguasai semua hafazan sepanjang cuti tersebut.  Senarai nama pelajar terlibat (jika ada) akan diwarwarkan dalam blog ini sebaik sahaja selesai Penilaian Awal Tahun. Mohon kerjasama ibubapa memastikan anak-anak yang terlibat TIDAK PULANG ke kampung sepanjang Cuti Tahun Baru Cina kelak, melainkan mereka berjaya mengusai semula ayat al-Quran yang telah dilupai.

PELAJAR TINGKATAN 4

Tarikh melapor diri:   4 JANUARI 2017
Hari:                  RABU
Tempat:                Kelas 4 SINA (Kelas 3 Sina 2016)
Masa:                  9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Pakaian:               Pakaian Rasmi Sekolah (Batik)

* Semua pelajar akan mengikuti sesi Penilaian Hafazan Qur'an awal tahun pada 5 & 6 Januari 2017 untuk memastikan ayat-ayat qur'an yang telah dihafaz sebelum ini, masih diingat dengan baik. Pelajar yang mendapat gred F dalam penilaian ini akan mengikuti sesi tambahan pada Cuti Tahun Baru Cina (26 hingga 31 Januari 2017) dan perlu menguasai semua hafazan sepanjang cuti tersebut.  Senarai nama pelajar terlibat (jika ada) akan diwarwarkan dalam blog ini sebaik sahaja selesai Penilaian Awal Tahun. Mohon kerjasama ibubapa memastikan anak-anak yang terlibat TIDAK PULANG ke kampung sepanjang Cuti Tahun Baru Cina kelak, melainkan mereka berjaya mengusai semula ayat al-Quran yang telah dilupai.


* Bagi pelajar Tingkatan 4 yang berhajat untuk meneruskan pengajian di dalam aliran Kemanusiaan atau Perakaunan, mohon kerjasama ibubapa untuk berhubung terus dengan Pengetua di talian 01132194888 melalui Whatsapp dan nyatakan aliran serta sekolah SMAN pilihan. Walaubagaimanapun, penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah tersebut. Sementara menunggu keputusan, ibubapa dinasihatkan mendaftarkan anak di STARULe pada 4 Januari 2017, melainkan mendapat makluman penempatan lebih awal daripada pihak JAIP. Pertukaran ke SMAN lain untuk aliran Sains Tulen Agama adalah tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya merupakan aliran pengajian sedia ada di STARULe.

Sekolah Izzuddin Shah: Aliran Kemanusiaan (Pengajian Islam)
                                       Aliran Perakaunan (Pengajian Islam)

Sekolah Raja Dr Nazrin Shah: Aliran Kemanusiaan (Pengajian Islam)
                                                 Aliran Perakaunan (Pengajian Islam)

SMTDR Manjung (P.Pangkor): Aliran Kemanusiaan (Pengajian Islam)

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"