Rabu, 26 Oktober 2016

MAJLIS JAMUAN PENGAWAS STARULe (26/10/2016)

Pada 26 Oktober yang lalu, telah diadakan Majlis Jamuan Pengawas STARULe. Majlis ini telah diadakan di Ohsem CafĂ©, Kuala Kangsar pada jam 3.00 petang. Seramai 16 orang pengawas telah diraikan dalam majlis ini atas penghargaan jasa-jasa mereka membantu melicinkan perjalanan program-program sekolah dan memantau disiplin pelajar di sekolah. 

Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Alif Najmi dan lafaz doa telah disempurnakan oleh saudara Abdul Rahman Humaidi. Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Ketua Umum Pengawas, saudara Shafiq Iqbal dituruti dengan ucapan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Nor Rashidah binti Ab Khalil.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan ucapan Pengetua, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. Setelah itu, cenderahati telah diberikan kepada semua pengawas. Selepas itu, para pengawas telah diraikan dengan jamuan makan bersama-sama guru-guru.


Majlis telah berakhir pada pukul 5.30 petang. Sejurus kemudian, para pelajar beransur pulang ke asrama.  

























Selasa, 18 Oktober 2016

JADUAL PEPERIKSAAN I'DADI DAN THANAWI TAHUN 2016

MAKLUMAN IBU BAPA/PENJAGA 


Berikut merupakan jadual Peperiksaan I'dadi dan Thanawi bagi tahun 2016.

Pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat maju jaya kepada semua pelajar STARULe.


SYAHADAH I’DADI TAHUN 2016

TARIKH / HARI
WAKTU
MATA PELAJARAN
MASA
24/10/2016 (ISNIN)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
MUTOLAAH TA’BIR / NUSUS
1  JAM 30 MINIT
11.00 PAGI – 12.30 TGH HARI
NAHU / SOROF
1  JAM 30 MINIT
25/10/2016 (SELASA)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
TAFSIR
1  JAM 30 MINIT
11.00 PAGI – 12.30 TGH HARI
HADIS
1  JAM 30 MINIT
26/10/2016 (RABU)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
TAUHID
1  JAM 30 MINIT
11.00 PAGI – 12.30 TGH HARI
SIRAH
1  JAM 30 MINIT
27/10/2016 (KHAMIS)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
FEQAH
1  JAM 30 MINIT





















SYAHADAH THANAWI TAHUN 2016


TARIKH / HARI
WAKTU
MATA PELAJARAN
MASA
24/10/2016 (ISNIN)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
MUTOLAAH / INSYAK
1  JAM 30 MINIT
11.00 PAGI – 12.30 TGH HARI
NAHU / SOROF
1  JAM 30 MINIT
25/10/2016 (SELASA)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
BALAGHAH
1  JAM 30 MINIT
11.00 PAGI – 12.30 TGH HARI
TAFSIR
1  JAM 30 MINIT
26/10/2016 (RABU)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
HADIS
1  JAM 30 MINIT
11.00 PAGI – 12.30 TGH HARI
TAUHID
1  JAM 30 MINIT
27/10/2016 (KHAMIS)
08.30 PAGI – 10.00 PAGI
FEQAH
1  JAM 30 MINIT

Jumaat, 14 Oktober 2016

CUTI DEEPAVALI

MAKLUMAN IBU BAPA/PENJAGA 


Untuk makluman ibu bapa / penjaga, mengenai CUTI DEEPAVALI, semua sekolah SMAN dan SMTDR termasuk SMTDR Daerah Lenggong akan bercuti dari 28 Oktober 2016 (Jumaat) hingga 1 November 2016 (Selasa).

# Pelajar dibenarkan pulang mulai 2.00 petang hari Khamis, 27 Oktober 2016 dan balik ke asrama pada hari Selasa, 1 November 2016.

Isnin, 10 Oktober 2016

HARI SUKAN NEGARA (08/10/2016)

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat daerah Lenggong telah dijalankan pada:

                                    Tarikh  : 08 Oktober 2016 
                                    Hari     : Sabtu
                                    Masa    : 8.30 pagi
                                   Tempat  : Dataran Lenggong


Untuk makluman lanjut, sila rujuk klik di sini.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan tahun 2016 telah diadakan pada:

                                    Tarikh  : 07 Oktober 2016 
                                    Hari     : Jumaat
                                    Masa    : 9.00 pagi
                                   Tempat  : Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak                                                                        (INTIM)

Untuk makluman lanjut, sila rujuk bahagian kurikulum.


"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"