Jumaat, 23 September 2016

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2016 (23 SEPTEMBER 2016)

Pada 23 September yang lalu, pelajar- pelajar telah terlibat dengan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Sayong Masjid, Mukim Sayong, Kuala Kangsar. Program ini telah dilaksanakan bagi memberikan khidmat dan bantuan kepada penduduk-penduduk di  Kampung Sayong Masjid, Kuala Kangsar.

Program telah bermula pada pukul 8.30 petang selepas sarapan pagi. Pelajar-pelajar telah berkumpul di Masjid Kampung Sayong Masjid. Setelah itu, mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan pada hari tersebut. Antara tugasan yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut ialah gotong-royong membersihkan kawasan masjid, membersihkan beberapa kawasan kubur, membaiki pintu rumah dan membersihkan rumah warga emas.

Tepat pukul 11 pagi, semua tugasan telah selesai dilaksanakan. Setelah itu, pelajar-pelajar menjamah makanan tengah hari. Kemudian, mereka telah bergerak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk membersihkan diri seterusnya menunaikan solat Jumaat. Program berakhir pada pukul 3.00 petang.








Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"