Jumaat, 9 September 2016

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT DAN TAZKIRAH (09 SEPTEMBER 2016)

Pada 09 Sept yang lalu, telah diadakan Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Tazkirah. Majlis ini telah diadakan di Masjid Jamek Lenggong, Perak bermula pada pukul 9.30 pagi. Objektif utama majlis ini diadakah adalah untuk kecemerlangan pelajar-pelajar mencapai kejayaan dalam akademik, agama, sahsiah dan rohani dalam kehidupan. 

Majlis telah dimulai dengan solat hajat yang diketuai oleh Ustaz Khairi. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan yassin yang diketuai oleh Atif Anaqi. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Khairi.

Setelah itu, majlis dijayakan lagi dengan sesi mahabbah oleh pelajar, ibu bapa dan guru. Majlis berakhir dengan jamuan ringan dan bersurai pada pukul 11.30 pagi.




Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"