Isnin, 5 September 2016

KEM MOTIVASI (2-4 SEPTEMBER 2016)

Pada 2 hingga 4 September yang lalu, telah diadakan Kem Motivasi Pelajar di Kem Desa Rimba, Sauk, Kuala Kangsar. Kem ini diadakan untuk meningkatkan motivasi pelajar lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan yang bakal dihadapi.

Para pelajar telah bertolak ke kem tersebut pada pagi Jumaat, jam 10 pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan. Pada petang Jumaat tersebut, mereka telah mengikuti slot motivasi yang pertama iaitu ‘Menjana Pemikiran Yang Positif’. Slot ini telah dikendalikan oleh Master Anuar, iaitu pengasas Aura Asshifa yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Petang itu juga, mereka telah menjalani aktiviti ‘Flying Fox’ yang dikendalikan oleh pelatih PLKN kem tersebut. Pada sebelah malam pula pelajar-pelajar telah mengikuti slot yang kedua, iaitu ‘Membina Azam dan Kesungguhan Diri’ bersama Master Anuar sekali lagi.

Pada pagi Sabtu, pelajar-pelajar telah mengikuti dua slot motivasi iaitu ‘Motivasi Pembelajaran’ dan ‘Kemahiran dan Strategi’. Slot tersebut telah dikendalikan oleh kaunselor daripada SMK Bukit Merchu iaitu Pak Su Zaid. Pada sebelah petang pula, para pelajar telah dibawa mengikuti aktiviti “outdoor” yang telah dikendalikan oleh pelatih PLKN. Pada waktu malam pula, para pelajar telah disediakan dengan “BBQ”.


Pada hari Ahad, pelajar-pelajar mengikuti slot terakhir bersama-sama guru pengiring. Slot terakhir ini lebih fokus kepada imbasan aktiviti dan apa yang pelajar peroleh sepanjang kem tersebut dijalankan. Majlis penutup telah dijalankan sebaik sahaja slot tersebut berakhir. Majlis penutup diserikan dengan amanat daripada ayahanda pengetua, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. Para pelajar bertolak pulang ke asrama masing-masing pada pukul 11.00 pagi.







Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"