Jumaat, 22 Julai 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (22 JULAI 2016)

Pada 22 Julai 2016 yang lalu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Majlis tersebut telah diadakan di dewan mini STARULe bermula pada pukul 9.30 pagi. Pada hari tersebut, semua guru, staf dan pelajar  segak dan cantik mengenakan baju raya masing-masing. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Pengetua STARULe, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. 

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan video aidilfitri hasil nukilan Ustaz Mohd Alhadi Bin Zainun dan pelajar-pelajar. Setelah itu, acara penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada pelajar-pelajar melalui guru kelas masing-masing. 

Usai penyampaian cenderahati, semua guru, staf dan pelajar menikmati jamuan makan yang telah disediakan. Pelbagai juadah telah disediakan seperti nasi impit dan rendang ayam, sate, bubur durian dan sebagainya. Majlis bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.







Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"