Jumaat, 26 Ogos 2016

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 DAN SPM 2016

MAKLUMAN IBU BAPA/PENJAGA 


Berikut merupakan jadual Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM tahun 2016 bagi pelajar Sek. Men.Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong. 

Pihak sekolah mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan dan selamat maju jaya kepada semua pelajar STARULe.


JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 2016






JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016







Isnin, 22 Ogos 2016

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT DAN TAZKIRAH

MAKLUMAN IBU BAPA/PENJAGA 

Bagi mendoakan pelajar-pelajar STARULe dalam kecemerlangan peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi, sekolah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Tazkirah.

Berikut merupakan tentatif Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Tazkirah bagi pelajar Sek. Men.Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong pada 09/09/2016 (Jumaat) di Masjid Jami'e Lenggong, Perak.

09.00 - 09.30 pagi           Ketibaan Guru, Pelajar dan ibu bapa
09.30 - 10.45 pagi          -Solat Hajat
                                       -Bacaan Yassin
                                       -Tazkirah Ringkas
10.45 - 11.00 pagi          Sesi Mahabbah - Pelajar, Ibu Bapa dan Guru
11.00 - 11.30 pagi          Jamuan ringan dan bersurai

Pihak sekolah dengan ini menjemput semua ibu bapa, guru dan staf untuk hadir bersama-sama menjayakan lagi majlis ini. 

Ibu bapa juga dibenarkan membawa pulang anak masing-masing selepas majlis ini berakhir.

Ahad, 14 Ogos 2016

KEM AKADEMIK 2016 DAN MUKHAYYAM TAHFIZ TINGKATAN 1

Pada 5 hingga 7 Ogos 2016 yang lalu, kem akademik untuk pelajar-pelajar tingkatan 2(Idadi), 3(PT3), 4(THANAWI) dan 5(SPM) telah berlangsung di Pusat Latihan UITM Seri Iskandar, Kampung Gajah. Program ini meibatkan guru-guru penggubal soalan dan pemeriksa kertas peperiksaan dari sekolah lain. Semua pelajar didedahkan dengan format kertas peperiksaan dan cara menjawab yang betul.
Manakala di STARULe pula, berlangsungnya Mukhayyam Tahfiz untuk pelajar tingkatan 1. Selama 3 hari mereka giat menghafaz dan mentasmi Qur'an bersama guru dan penceramah dari luar.
Adalah diharapkan semua pelajar STARULe mendapat manfaat dari kedua-dua program ini untuk kecemerlangan mereka kelak.






MAJLIS PERPISAHAN USTAZ SAFWAN & MERAIKAN HAFIZ SULUNG STARULe: AMIR IZZAT BIN HASNAN (4 SINA)

Majlis ini telah berlangsung pada 12 Ogos (Jumaat), bertempat di dewan mini STARULe. Semua warga sekolah telah menjadi saksi kepada majlis perpisahan Ust Safwan yang mendapat tawaran sebagai guru tetap di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP-KPM) Negeri Perak. Begitu juga dengan pengiktirafan terhadap sempurnanya hafaz al-Qur'an oleh saudara Amir Izzat Hasnan.
Majlis bermula dengan aluan Pengetua diikuti dengan Ucapan Ustaz Safwan. Di dalam majlis ini juga diadakan penyampaian biasiswa kecemerlangan pencapaian peperiksaan Idadi dan Thanawi kepada pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz. Selepas itu, saudara Amir Izzat diuji hafazannya di hadapan warga STARULe oleh Ustaz Khairi dan Ustaz Farihan. Selesai ujian hafazan, beliau telah disuapkan pulut kuning serta dihadiahkan bunga telur oleh tuan pengetua. Beliau kemudiannya telah menghadiahkan pulut kunung dan bunga telur kepada guru-guru tasmi' beliau dan penolong-penolong kanan sekolah. Di dalam majlis ini juga tuan pengetua mencadangkan satu skim saham 'Lambaian Kaabah' diwujudkan di dalam saham koperasi sekolah untuk mengumpul dana bagi membolehkan mereka yang berjaya menghafaz 30 Juzuk al-Qur'an dibiayai menunaikan umrah. Selesai majlis, semua pelajar dan guru minum pagi di dewan makan sekolah.











Isnin, 8 Ogos 2016

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM) Kali Ke-3

Pada 6 hingga 8 Ogos yang lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan pertandingan ihtifal ilmi yang telah disertai oleh semua wakil dari sekolah-sekolah agama Malaysia. Pertandingan ini telah diadakan di SMA Al-Khairiah dan SMA Al-Wosto, Temerloh, Pahang Darul Makmur.


Pertandingan ini merupakan acara yang dijalankan pada setiap tahun yang mempertandingkan acara bagi kategori seperti berikut :


1) Tilawah (lelaki dan perempuan)
2) Hafazan (lelaki dan perempuan)
3) Khat (lelaki dan perempuan)
4) Nasyid (lelaki dan perempuan)
5) Syarahan Bahasa Melayu (lelaki dan perempuan)
6) Syarahan Bahasa Inggeris (lelaki dan perempuan)
7) Syarahan Bahasa Arab (lelaki dan perempuan)
8) Debat Ala Parlimen
9) Kuiz Dini

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe) telah menghantar seorang wakil iaitu:

Zal Haziq bin Abdul Halim
Tingkatan 3 Ibn Sina
Nama pertandingan: Syarahan Bahasa Arab

Beliau telah berjaya mendapat tempat ke 9 daripada 13 orang peserta. Tahniah diucapkan.







"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"