Khamis, 26 Mei 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN STAF & MAJLIS PERPISAHAN USTAZ SUFI SHAHMI (26/05/2016)

Pada 26 Mei 2016 yang lalu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru dan Staf serta Majlis perpisahan Ustaz Sufi Shahmi (Guru Sandaran Sekolah). Majlis Sambutan Hari Guru dan Staf telah bermula pada 8.45 pagi di padang STARULe dengan acara sukaneka. Pelbagai acara sukaneka yang telah dijalankan seperti futsal pelikat, lastik tin, baling belon berair yang turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan para pelajar.

Tepat jam 10.40 pagi, semua pelajar berkumpul di dewan mini STARULe untuk sesi yang seterusnya. Sesi dimulai dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku. Setelah itu, pelajar-pelajar mendengar perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan dan perutusan daripada Menteri Pendidikan seterusnya perasmian Sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini. Perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan telah disampaikan oleh Pengetua STARULe iaitu Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai manakala perutusan daripada Menteri Pendidikan disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran, Cik Sufiah Binti Yunus. Guru-guru pada ketika itu, masing-masing segak dan cantik mengenakan pakaian bertemakan 'Arabic'.

Seterusnya, guru-guru diserikan lagi dengan persembahan-persembahan pelajar seperti persembahan nasyid dan sketsa.  Majlis turut dimeriahkan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pilihan seperti anugerah "Guru Paling Periang", "Guru Paling Tegas", "Guru Paling Sporting", "Guru Paling Popular" dan "Guru Paling Mithali" .

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah sukaneka pada pukul 12.35 tengah hari dan diteruskan pula dengan majlis perpisahan Ustaz Sufi Shahmi. Ustaz Sufi Shahmi telah menyampaikan amanat terakhir sebelum beliau meninggalkan sekolah ini.








Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"