Jumaat, 29 Julai 2016

KEM KOKURIKULUM (29 JULAI 2016 - 31 JULAI 2016)

Pada 29 Julai 2016 hingga 31 Julai 2016 yang lepas, pelajar-pelajar STARULe telah terlibat dalam Kem Kokurikulum di Roza Natures Camp, Bukit Larut, Perak. Kem ini telah melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kem ini diadakan untuk melatih kepimpinan dan kerjasama pelajar, melatih jati diri pelajar dan memberi pengalaman perkhemahan kepada pelajar.

Pada petang Jumaat, para pelajar diiringi beberapa orang guru telah bertolak dari sekolah pada pukul 3.00 petang dengan menaiki bas. Setibanya di kem tersebut, pelajar-pelajar telah diberi taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang mereka akan lakukan sepanjang kem tesebut. Semua aktiviti di kem tersebut dikendalikan oleh ahli Roza Natures Camp sendiri. Setelah itu, pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan terlibat dalam pemasangan khemah. Pada malam hari, para pelajar terlibat dengan pembinaan identiti dan pembentangan kumpulan. Setelah itu, mereka telah dibawa untuk aktiviti 'Night Explorer'.

Pada hari Sabtu pula, setelah Solat Subuh berjemaah, para pelajar telah terlibat dengan Senam Cergas. Sejurus kemudian, mereka telah dibawa untuk aktiviti Jungle Trekking. Sewaktu Jungle Trekking, para pelajar diminta untuk memasak masakan pengembara bersama ahli kumpulan masing-masing. Pada pukul 2.30 petang, mereka telah melakukan aktiviti Obstacle Race Course dan melastik. Di malam hari pula, para pelajar terlibat dengan Teori Orienteering, Nyanyian dan Tepukan Kem.

Pada hari Ahad, aktiviti dimulakan dengan Pertandingan Orienteering pada pukul 8.30 pagi. Aktiviti tersebut telah berakhir pada pukul 11.00 pagi. Setelah itu, para pelajar diminta untuk meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan. Kem tersebut diakhiri dengan Majlis Penutup dan jamuan makan. Tepat jam 2.00 petang, para pelajar bertolak pulang ke asrama.














Jumaat, 22 Julai 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (22 JULAI 2016)

Pada 22 Julai 2016 yang lalu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Majlis tersebut telah diadakan di dewan mini STARULe bermula pada pukul 9.30 pagi. Pada hari tersebut, semua guru, staf dan pelajar  segak dan cantik mengenakan baju raya masing-masing. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Pengetua STARULe, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. 

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan video aidilfitri hasil nukilan Ustaz Mohd Alhadi Bin Zainun dan pelajar-pelajar. Setelah itu, acara penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada pelajar-pelajar melalui guru kelas masing-masing. 

Usai penyampaian cenderahati, semua guru, staf dan pelajar menikmati jamuan makan yang telah disediakan. Pelbagai juadah telah disediakan seperti nasi impit dan rendang ayam, sate, bubur durian dan sebagainya. Majlis bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.







"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"