Rabu, 27 April 2016

MINGGU BAHASA (14-27 APRIL 2016)

Pada 14 hingga 27 April yang lalu, telah diadakan Minggu Bahasa. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat menguasai dan mahir bukan sahaja dalam bahasa ibunda malah boleh fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Perlaksanaan Minggu Bahasa ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan para pelajar yang berketrampilan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa sebagai nilai tambah kepada pelajar itu sendiri.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Bahasa ini seperti pengucapan awam, kuiz bahasa, dan simpulan bahasa yang melibatkan semua bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selain itu, terdapat juga pertandingan Dikir Barat dalam Bahasa Melayu, Teka Silang Kata dalam Bahasa Arab dan pertandingan Spell It Right bagi memantapkan lagi penguasaan pelajar dalam ketiga-tiga bahasa ini. Penyertaan untuk semua aktiviti telah dibuka kepada semua pelajar.

Kesemua aktiviti ini menerima penyertaan aktif daripada semua pelajar. Bukan itu sahaja, aktiviti ini turut memberi sumber inspirasi dan dorongan kepada semua pelajar dalam menuntut ilmu dan berkeyakinan dalam berkomunikasi dalam tiga bahasa tersebut.









Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"