Rabu, 27 April 2016

MINGGU BAHASA (14-27 APRIL 2016)

Pada 14 hingga 27 April yang lalu, telah diadakan Minggu Bahasa. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat menguasai dan mahir bukan sahaja dalam bahasa ibunda malah boleh fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Perlaksanaan Minggu Bahasa ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan para pelajar yang berketrampilan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa sebagai nilai tambah kepada pelajar itu sendiri.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Bahasa ini seperti pengucapan awam, kuiz bahasa, dan simpulan bahasa yang melibatkan semua bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selain itu, terdapat juga pertandingan Dikir Barat dalam Bahasa Melayu, Teka Silang Kata dalam Bahasa Arab dan pertandingan Spell It Right bagi memantapkan lagi penguasaan pelajar dalam ketiga-tiga bahasa ini. Penyertaan untuk semua aktiviti telah dibuka kepada semua pelajar.

Kesemua aktiviti ini menerima penyertaan aktif daripada semua pelajar. Bukan itu sahaja, aktiviti ini turut memberi sumber inspirasi dan dorongan kepada semua pelajar dalam menuntut ilmu dan berkeyakinan dalam berkomunikasi dalam tiga bahasa tersebut.









Khamis, 21 April 2016

PERTANDINGAN SILAT SENI PERINGKAT DAERAH HULU PERAK (13/04/2016)

Pada 13 April 2016 yang lalu,Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lengggong sekali lagi telah menjadi tuan rumah buat kali kedua berturut-turut bagi Pertandingan Silat Seni Peringkat Daerah Hulu Perak yang bertempat di Dewan Merdeka,Lenggong,Perak. Pertandingan ini merupakan di bawah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak. Pertandingan ini telah mempertandingkan sebanyak 4 buah sekolah iaitu :

1) Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (2 penyertaan).
2) Maktab Rendah Sains Mara Lenggong.
3) Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4, Gerik.
4) Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban, Gerik.

Acara yang dipertandingkan ialah : 

1) Seni Tari Silat (Putera / Puteri) SM
2) Seni Tempur Silat (Putera / Puteri) SM
3) Seni Jurus Silat (Putera /Puteri) SM
4) Silat Seni Asli (Putera) SM
5) Muzik Silat ( Bebas) SM

Berikut merupakan senarai nama pemenang bagi pertandingan ini : 

1) Seni Tari Silat (Putera) SM
Johan             :Maktab Rendah Sains Mara Lenggong
Naib Johan    :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (A)
Ketiga           :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (B)

2) Seni Tari Silat (Puteri) SM
Johan             :Maktab Rendah Sains Mara Lenggong
Naib Johan    :-
Ketiga           :-

3) Seni Tempur Silat (Putera) SM
Johan             :Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban
Naib Johan    :Maktab Rendah Sains Mara Lenggong
Ketiga           :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (B)

4) Seni Tempur Silat (Puteri) SM
Johan             :Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban
Naib Johan    :Maktab Rendah Sains Mara Lenggong
Ketiga           :-

5) Seni Jurus Silat (Putera) SM
Johan             :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (A)
Naib Johan    :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (B)
Ketiga           :Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban

6) Seni Jurus Silat (Puteri) SM
Johan             :Maktab Rendah Sains Mara Lenggong
Naib Johan    :-
Ketiga           :-

7) Silat Seni Asli (Putera) SM
Johan             :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (A)
Naib Johan    :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (B)
Ketiga           :Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4

8) Muzik Silat (Gendang Seni Asli Tempatan) SM
Johan             :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (A)
Naib Johan    :Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (B)
Ketiga           :-

JUARA KESELURUHAN :
Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (A) - 3 Emas,1 Perak.






Khamis, 14 April 2016

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER (11/04/2016)

Senarai nama pelantikan Pengawas Pusat Sumber tahun 2016 telah diumumkan semasa perhimpunan rasmi pada 11 April 2016 yang lalu. Semua pengawas yang telah dilantik telah diberikan watikah pelantikan rasmi daripada Tuan Pengetua STARULe.Tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.

Berikut merupakan Pengawas Pusat Sumber yang telah dilantik :

Muhammad Imran Bin Noor Afendi - Tingkatan 5
Muhammad 'Afif Syimir Bin Safian - Tingkatan 4
Muhammad Ikhmal Hakimie Bin Abdul Halim - Tingkatan 4
Ahmadi Syawal Bin Mohd Faeree - Tingkatan 3
Muhammad Afiq Bin Ahmad Sani - Tingkatan 3
Muhammad Danial Syahmi Bin Mohammad Sholba -Tingkatan 3
Muhammad Azrul Akmal Bin Majuririlan - Tingkatan 2
Shaiful Mohd Yazid Bin Halim - Tingkatan 2


Rabu, 6 April 2016

TAKWIM BULAN APRIL 2016

13 April  - Pertandingan Silat Seni Daerah Hulu Perak

14 April - 27 April - Sambutan Minggu Bahasa (BM,BI,Bahasa Arab)

29 April - 30 April - Ihtifal Ilmi

Jumaat, 1 April 2016

MINGGU MATEMATIK (21/03/2016 - 25/03/2016)

Minggu matematik telah dijalankan pada 21-25 Mac 2016. Aktiviti minggu matematik telah diusahakan oleh Guru Panitia Matematik sambil dibantu oleh 11 orang pelajar Tingkatan 4. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut yang melibatkan kesemua pelajar STARULe. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu Matematik ini ialah :

Senarai Pemenang Aktiviti Minggu Matematik :
* SUDOKU
Muhammad Yusuf Bukhari Bin Mohamad Roshidi
Muhammad Mukhriz Zikry Bin Mohd Ali
Muhammad Taufiq Ikhmal Bin Mohamad Roshidi

* Teka Berat Saya
Muhammad Hakim Bin Rozaidi

* Explorace
Pertama : Kumpulan 4
Kedua : Kumpulan 2
Ketiga : Kumpulan 6

* Kuiz Super Spontan
Pertama : Kumpulan 6
Kedua : Kumpulan 7
Ketiga : Kumpulan 9

* Bijak Sifir
Abdul Rahman Humaidi Bin Husaini
Muhammad Hakim Bin Rozaidi
Muhammad Mukhriz Zikry Bin Mohd Ali





"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"