Isnin, 8 Februari 2016

PROGRAM MOTIVASI AWAL TAHUN (SIRI 1)

Program yang telah dirancang untuk menyuntik semangat pelajar dan guru-guru ini telah diadakan pada 3 Febuari 2016 (Rabu). Penceramah jemputan ialah En Nor Firdaus Norzaini yang merupakan Penceramah Motivasi dan pemilik NF Cahaya Resources dari Kuala Lumpur. Majlis bermula dengan sesi motivasi pelajar di dewan mini STARULe pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Sebelah petangnya pula diadakan sesi motivasi untuk guru-guru di kelas Tingkatan 4 pada jam 1.30 hingga 2.45 petang. Adalah diharapkan semua warga STARULe mendapat manfaat daripada program yang telah diadakan ini dalam mengharungi cabaran tahun 2016, insyaallah.



GAMBAR ATAS; SESI MOTIVASI PELAJAR

SESI MOTIVASI GURU-GURU



MAJLIS PERPISAHAN : EN ZAHIR, PN YOGASREE, EN MIOR & PN FATIN DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS 2016 (29/1/2016)

Majlis ini diadakan pada 29 Januari 2016 bertempat di dewan mini STARULe. Kesemua 4 orang yang diraikan telah hadir ke majlis. En Zahir menerima tawaran sebagai guru al-Qur'an di SMKA Kerian, Pn Yogasree meletakkan jawatan kerana mengikut suami di Kuala Lumpur, begitu juga dengan Puan Fatin. Manakala En Mior menerima jawatan tetap di Jabatan Kerja Raya Lenggong.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan pelantikan Pengawas sekolah bagi tahun 2016. Semua pengawas yang dilantik menerima watikah rasmi daripada tuan pengetua. Ketua Pengawas diamanahkan kepada saudara Shafiq (Tingkatan 5), Penolong Ketua Pengawas Asrama saudara Hafizul (Tingkatan 4) dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah saudara Mohd Hakim Rozaidi (Tingkatan 3).

Selesai sesi bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan ucapan dari guru/staf yang bertukar diselang-seli dengan persembahan pelajar. Majlis tamat pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan.
BACAAN IKRAR OLEH PENGAWAS YANG DILANTIK

GURU/STAF YANG DIRAIKAN MEMOTONG KEK (PN FATIN, PN YOGASREE, EN MIOR & EN ZAHIR)
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"