Ahad, 31 Januari 2016

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2016 (13/01/2016)

Majlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 sesi 2016 telah berlangsung pada 13 Januari (Rabu) yang lalu. Sesi bermula pada jam 9.00 pagi dengan pendaftaran sekolah dan pendaftaran asrama. Seramai 14 orang pelajar telah mendaftar. Majlis diteruskan dengan taklimat kepada pelajar dan ibubapa oleh Penolong-penolong Kanan, Ketua Warden dan Pengetua. Tetamu perasmi majlis ialah Ustaz Mohamad Fadhli Bahrum, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak. Sesi pendaftaran kali kedua pula berlaku pada 20 Januari dengan kehadiran 7 orang pelajar, menjadikan jumlah pelajar tingkatan 1 terkini ialah seramai 21 orang. Semua pelajar tingkatan 1 ini akan mengikuti minggu Transisi selama 6 minggu hingga 23 Febuari 2016. Sesi Transisi pelajar ini telah disusun dalam 3 fasa; Fasa Pengenalan kehidupan asrama dan kemahiran asas pelbagai, Fasa Kemahiran Asas al-Qur'an dan Fsa Menghafaz Juzuk 30 dalam tempoh 4 minggu.

Proses Pendaftaran Sekolah


Pelajar & Ibu Bapa mendengar taklimat di dewan mini STARULe

Ucapan Perasmian oleh Ustaz Mohd Fadhli

Pengetua menyambut ketibaan Ustaz Mohd Fadhli
Pelajar mengambil tempat di asrama


Aktiviti Rehlah Bukit Palong (Program Transisi)



Sesi Transisi: Uji bakat Khat

Sesi Transisi: Murattal Al-Qur'an bersama fasilitator

Sesi Transisi: Tasmi' bacaan bersama guru

Sesi Transisi: Riadhah (Ping Pong)

Sesi Transisi: Pengurusan Diri (membasuh kain)



Sesi Transisi: LDK bersama Fasilitator

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"