Sabtu, 29 Ogos 2015

KARNIVAL PENDIDIKAN AL-QURAN DAN KESENIAN ISLAM (PAQIS) TAHUN 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN

       Empat orang pelajar STARULe telah menyertai Karnival PAQIS Peringkat Kebangsaan pada 14 hingga 16 Ogos yang lalu. Karnival ini telah diadakan di SAMT Sultan Hisamuddin Jalan Kota Raja, Klang, Selangor. Pelajar-pelajar tersebut ialah Muhammad Farid (Tingkatan 3), Muhammad Nazmi (Tingkatan 3), Muhammad Afiq (Tingkatan 2) dan Aminul Hafiz (Tingkatan 2). Mereka diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Khidzir dan Ustaz Abdul Hafiz.


 Suasana ketika berlangsungnya Karnival PAQIS

Para pelajar bersama-sama guru pengiring, Cikgu Khidzir
         Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nazmi yang memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Hafazan. Sekalung ucapan terima kasih dan syabas juga buat ketiga-tiga pelajar lain yang telah mencuba sehabis baik dalam pertandingan ini. Acara-acara yang disertai oleh pelajar-pelajar berkenaan adalah:

        1.    Muhammad Farid – Kuiz al-Quran
        2.    Muhammad Nazmi – Hafazan (Tempat Ketiga)
        3.    Muhammad Afiq – Khat
        4.    Aminul Hafiz – Pencarian Khatib Muda
Dari kiri; Nazmi, Afiq, Farid dan Aminul Hafiz
Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"