Selasa, 7 Julai 2015

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1436 / 2015 “SINGGAH SAHUR”

Bertarikh 5 Julai iaitu bersamaan 18 Ramadhan 1436 H, sebuah rombongan daripada Program Semarak Ramadhan “Singgah Sahur”, anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dan Majlis Belia Daerah Lenggong telah bersahur bersama-sama para pelajar dan warden STARULe di dewan makan asrama. Rombongan ini tiba kira-kira pukul 5.00 pagi.

Sebelum itu, para pelajar STARULe melakukan qiyamullail beramai-ramai sambil menunggu ketibaan rombongan singgah sahur. Apabila rombongan tiba, pelajar-pelajar dan ahli-ahli rombongan bersahur bersama-sama. Sesudah itu, mereka turut solat Subuh secara berjemaah.





Bersahur dan solat Subuh bersama-sama
Setelah itu, ahli rombongan turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada sekolah dan berterima kasih kerana membenarkan mereka melakukan program singgah sahur di STARULe. Mereka kemudiannya bertolak pulang kira-kira jam 6.30 pagi. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"