Ahad, 12 Julai 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI PERAK 1436 H / 2015 M

Bertempat di Masjid Al-Hadri, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Negeri Perak pada 11 Julai bersamaan 24 Ramadhan 1436 H yang lalu. Majlis ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama dengan Kerajaan Negeri Perak. Ia juga turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar berserta Masjid Al-Hadri sendiri. Kira-kira 1000 orang wakil dari 16 daerah dalam negeri Perak dijemput bagi memeriahkan acara.


Seramai 37 pelajar STARULe telah dipilih bagi menghadiri majlis ini dengan diiringi oleh empat orang guru. Para pelajar bertolak kira-kira jam 2.45 petang dan tiba di Masjid Al-Hadri pada pukul 3.25 petang. Setelah selesai sesi pendaftaran, semua pelajar berkumpul di dalam masjid bagi mendengar ceramah Nuzul al-Quran.

Para peserta mendengar ceramah Nuzul al-Quran

Sesudah menunaikan solat Asar secara berjemaah, majlis khatam pun bermula. Selepas ucapan daripada Adun Lubuk Merbau, Yb Dato’ Siti Salmah Mat Jusak dan ucapan perasmian oleh Yb Datuk Shahrul Zaman Datuk Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, bacaan khatam al-Quran dimulakan dan setiap daerah diwakili oleh seorang peserta. Bagi daerah Lenggong, pembaca wakil daerah adalah Muhammad Nazmi, pelajar tingkatan tiga STARULe. Beliau telah memperdengarkan bacaan surah At-Tin.

                             Majlis Khatam al-Quran sedang berlangsung 

Penyampaian sijil dan cenderamata diadakan selepas selesai bacaan khatam al-Quran. Setelah itu, semua peserta berhimpun di khemah di luar masjid untuk berbuka puasa beramai-ramai. Seusai solat Maghrib, para peserta bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Pelajar-pelajar STARULe tiba di sekolah kira-kira pukul 9.15 malam. 


                                            Majlis penyampaian sijil dan cenderamata 

Berbuka puasa beramai-ramai
Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"