Jumaat, 10 Julai 2015

IFTAR BERSAMA AHLI PARLIMEN LENGGONG

Majlis berbuka puasa (iftar) bersama ahli Parlimen Lenggong, YB Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah telah diadakan di Dewan Merdeka Lenggong pada 7 Julai bersamaan 20 Ramadhan 1436 H yang lalu. Para pelajar serta warga STARULe telah dijemput khas bagi memeriahkan suasana.

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Shamsul Anuar menyampaikan sumbangan daripada 1MDB kepada warga tua dan juga ibu tunggal yang tinggal di kawasan berhampiran. Para pelajar dan warga STARULe juga turut menerima "goodie bag" sumbangan daripada Parlimen Lenggong.


Para pelajar dan orang ramai yang hadir pada majlis iftar ini
Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"