Isnin, 22 Jun 2015

PROGRAM SUNNAH : BERENANG

     Berenang merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Ia dapat menyihatkan tubuh badan dan menyelamatkan diri ketika berada di dalam air. Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular). 

Rasulullah SAW bersabda;

“Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
                                                                                                (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, STARULe telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Renang untuk para pelajar di Kolam Renang Kuala Kangsar, Perak pada 15 dan 16 Jun yang lalu. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan teknik-teknik dan cara-cara berenang yang betul.

Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan; semua pelajar tingkatan 4, 3, dan 10 orang pelajar tingkatan 2 mengikuti program renang pada petang 15 Jun manakala baki pelajar tingkatan 2 dan semua pelajar tingkatan 1 pula mengikuti program berkenaan pada petang 16 Jun.






        Diharapkan program renang ini dapat diteruskan dan diadakan dengan lebih kerap untuk para pelajar STARULe kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada aktiviti ini. Sekian. 

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"