Ahad, 7 Jun 2015

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

     Bertempat di SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak telah berlangsungnya Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2015 pada 22 hingga 24 Mei yang lalu.



Suasana ketika berlangsungnya Pertandingan Silat Seni

          Para pelajar STARULe mewakili daerah Hulu Perak bersama-sama dengan pelajar-pelajar daripada MRSM Gerik. Bagi pelajar-pelajar STARULe, tiga acara yang dipertaruhkan iaitu Seni Jurus Silat Putera, Silat Seni Asli dan Gendang Silat.



          Para pelajar juga turut diiringi oleh guru-guru pengiring iaitu Ustaz Hafiz Shamsudin, Cik Nor Rashidah Ab. Khalil dan Cik Anis Hanisah Ab. Rahaman.

        Daripada 10 daerah yang bertanding, pelajar-pelajar STARULe melalui acara yang diwakili telah mendapat pencapaian:

1)    Seni Jurus Silat Putera – Keenam
2)    Silat Seni Asli – Keempat
3)    Gendang Silat – Keempat

Seni Jurus Silat Putera
Silat Seni Asli
Gendang Silat
InsyaAllah pencapaian pada kali ini akan cuba dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dengan sokongan daripada semua pihak. Sekalung tahniah diucapkan kepada wakil-wakil STARULe yang telah berlatih bersungguh-sungguh pada pertandingan kali ini:

1)    Seni Jurus Silat Putera –
1. AIMAN MOHD RADZAI
2. FARIS ABDUL AZIM JAMALUDDIN
3. MUHAMMAD ALIF NAJMI MOHD NASIR
4. MUHAMMAD FAKHRURAZI ABDUL RAZAK

2)    Silat Seni Asli –    
1. AMINUL HAFIZ AHMAD BADRIN
2. MUHAMMAD DANIAL IQBAL RIDZUAN

3)    Gendang Silat –               
1. NIK MUHAMMAD IRFAN HAMIZAN NIK MOHAMAD SUPIAN
2. AHMADI SYAWAL MOHD FAEREE
3. MUHAMMAD DANIAL SYAHMI MOHAMMAD SHOLBA
4. AMIR RAFIQI AHMAD RAZALI
5. ZAL HAZIQ ABDUL HALIM

Sekian

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"