Jumaat, 5 Jun 2015

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 2015

           Pertandingan Silat Seni Sekolah bagi daerah Hulu Perak telah berlangsung pada 29 April 2015 bertempat di Dewan Merdeka Lenggong. Pada pertandingan kali ini, STARULe telah menjadi tuan rumah dan semua guru serta pelajar terlibat dalam menjayakannya. Acara terpaksa diadakan di Dewan Merdeka Lenggong kerana STARULe masih tiada kemudahan dewan.



            Para pelajar yang terlibat telah menyertai semua acara lelaki yang dipertandingkan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

1)    Seni Tari Silat Putera – Naib Juara
2)    Seni Tempur Silat Putera – Tewas
3)    Seni Jurus Silat Putera – Juara
4)    Silat Seni Asli – Juara
5)    Gendang Silat – Juara



Kelima-lima acara yang disertai oleh pelajar-pelajar STARULe
Bagi yang menjadi juara iaitu Seni Jurus Silat Putera, Silat Seni Asli dan Gendang Silat, mereka akan mewakili daerah Hulu Perak untuk bertanding di peringkat negeri pula.

Juri-juri bersama tetamu kehormat
Pelajar-pelajar yang terlibat dan guru-guru STARULe bergambar kenangan

Para peserta daripada sekolah-sekolah yang bertanding bergambar bersama
Selain berjaya menjadi tuan rumah bagi pertandingan kali ini, STARULe juga turut memperoleh pencapaian yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu iaitu pada tahun 2013, hanya Seni Tari Silat sahaja menjadi juara manakala pada tahun 2014, Gendang Silat dan Silat Seni Asli sahaja berjaya ke peringkat negeri. 

Pencapaian yang lebih baik ini diharap dapat merealisasikan misi dan visi sekolah dalam usaha untuk menjadi juara di peringkat yang lebih tinggi. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"