Sabtu, 6 Jun 2015

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

           Pada 8 Mei hingga 10 Mei 2015 telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Ilmi bagi Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Perak Darul Ridzuan (SMAN) bertempat di Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA). Majlis yang berjalan selama tiga hari itu turut disertai oleh pelajar-pelajar STARULe mengikut kategori dan acara yang dipertandingkan.


            Para pelajar yang menyertai Ihtifal Ilmi pada kali ini bertolak daripada sekolah selepas solat Jumaat dan tiba di SIS kira-kira jam 4.30 petang. Selepas pendaftaran dan taklimat, para pelajar menjamu selera, menunaikan solat dan berehat seketika sebelum acara hari pertama berlangsung iaitu perbahasan bahasa Melayu (Pusingan Pertama), kuiz (Terbuka) dan khat (Lelaki dan Perempuan) pada jam 9.00 malam di SIS dan juga SERATA.


Para pelajar STARULe yang menyertai kuiz dan perbahasan bahasa Melayu
              Acara-acara seterusnya berlangsung keesokkan harinya bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang iaitu nasyid (Lelaki dan Perempuan), syarahan bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Arab (Lelaki dan Perempuan), perbahasan bahasa Melayu (Pusingan Kedua dan Akhir), tilawah al-Quran (Lelaki dan Perempuan), kuiz (Pusingan Kedua) serta hafazan al-Quran. Hari terakhir iaitu pada 10 Mei (Ahad) merupakan hari penutupan majlis.



Peserta-peserta nasyid dan wakil STARULe untuk hafazan al-Quran
            Walaupun hanya memenangi satu pingat iaitu tempat ketiga bagi pertandingan khat (Muhammad Afiq bin Ahmad Sani), tetapi kesungguhan dan kegigihan para pelajar STARULe sewaktu pertandingan berlangsung harus diberikan pujian. Sikap dan semangat inilah yang perlu ada pada setiap pelajar untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"