Rabu, 24 Jun 2015

KEM MOTIVASI PEMBENTUKAN PERIBADI PELAJAR 2015

Pada hari Jumaat hingga Ahad yang lepas, bertarikh 19 hingga 21 Jun, para pelajar beserta guru-guru STARULe telah mengikuti Kem Motivasi Pembentukan Peribadi Pelajar bertempat di The Lereng Adventure Camp and Resort, Ulu Chepor, Ipoh, Perak. Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan serta jati diri di kalangan para pelajar.

      Pelajar-pelajar dan guru-guru bertolak dari sekolah kira-kira pukul 3.00 petang dan tiba di The Lereng Adventure Camp and Resort lebih kurang sejam selepas itu. Sejurus selesai sesi pendaftaran dan taklimat, para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan; pelajar-pelajar yang mengikuti kem motivasi dan pelajar-pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran. Para pelajar yang mengikuti kem motivasi diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan kem manakala para pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran pula diuruskan oleh guru-guru STARULe.



 Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh para pelajar sepanjang kem motivasi tersebut termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Obstacle dan Kembara Malam. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran, mereka hanya dibenarkan mengikuti aktiviti Kembara Malam sahaja sekiranya tidak melepasi penilaian yang sepatutnya.










 Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kem motivasi

          Kem berakhir dengan majlis penutupan pada hari Ahad, kira-kira jam 11.00 pagi oleh pihak The Lereng Adventure Camp and Resort. Walaupun kepenatan, tetapi para pelajar mendapat banyak manfaat dan ilmu sepanjang kem motivasi dijalankan. 



  Para pelajar, guru dan pihak pengurusan kem bergambar kenangan sebelum pulang ke sekolah

          Pihak sekolah sangat berharap agar semangat dan jati diri yang diterapkan ketika di kem dapat diaplikasikan oleh semua pelajar ketika di sekolah mahupun ketika berada di rumah. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"